ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua berjaya catat rekod pegangan pasaran bulanan melebihi 40 peratus, serah Myvi yang ke 18,000

Views

Berdasarkan anggaran dalaman, Perodua telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 17,693 unit untuk bulan Januari 2018, sekaligus menjadikannya pegangan pasaran bulanan melebihi 40 peratus, berbanding jumlah total industri (TIV) sebanyak 43,930 unit. Pada bulan yang sama juga, kesemua model Perodua mengekalkan takhta dalam segmen masing-masing dengan 9,029 unit Myvi, 4,085 unit Axia, 2,776 unit Bezza dan 1,803 unit Alza berjaya dijual.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata Januari 2018 merupakan pegangan pasaran bulanan tertinggi dalam sejarah syarikat dan ia telah dirangsang oleh penghantaran Myvi yang baharu, serta permintaan kukuh yang berterusan untuk model-model yang lain. Setakat ini, Myvi telah mencatatkan lebih 48,000 tempahan dan unit ke 18,000 telah diserahkan kepada pemiliknya, En. Wong Wai Cheng dari Negeri Sembilan.

Hampir 20,000 unit Myvi telah pun diserahkan hingga setakat ini dan secara keseluruhan lebih satu juta unit Myvi telah didaftarkan di Malaysia sejak 2005. Perodua bakal membelanjakan lebih RM5 bilion untuk membeli komponen dan alat ganti tahun ini dari kebanyakan vendor tempatan. Ini bakal menyumbang kepada ekonomi negara dan semua model Perodua mempunyai lebih 90 peratus kandungan tempatan.

Aminar mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan penghargaan ini bakal memberi motivasi untuk syarikat untuk bekerja lebih keras untuk memberi produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Beliau turut memohon maaf kepada pembeli yang telah membuat tempahan tetapi masih belum lagi menerima kereta mereka yang terpaksa menunggu dan kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd akan terus bekerja lebih masa untuk mempercepatkan penyerahan kereta kepada mereka.

Pemilik Myvi ke 18,000, En. Wong Wai Cheng begitu teruja menerima keretanya. Sejak pandangan pertama, beliau begitu terpikat dengan ciri-ciri yang canggih seperti enam beg udara dan Advanced Safety Assist pada model tersebut selain harga yang ditawarkan. Perodua mengucapkan Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina. Semoga tahun anjing memberikan lebih tuah, kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply