ARKIB

KATEGORI

Info

Perodua Bezza facelift 2020 – Ini apa yang kami tahu

Info

Views

Sejak malam tadi tersebar beberapa lagi foto Perodua Bezza 2020 (facelift), kali ini foto rasmi yang tertiris di laman sosial Facebook. Foto-foto resolusi rendah ini telah dimuat naik ke laman peminat kereta, Live Car Breathe Car oleh moderatornya rakan kami, Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin.

Kalau diikutkan memang penulis teragak-agak untuk kongsikan foto-foto ini, namun setelah ada portal rakan media kami yang lain yang telah menaikkannya, jadi kami pun ‘tumpang sekaki’ lah. Sebenarnya, penulis cuba untuk ‘menaikkan resolusi’ foto-foto tersebut, namun disebabkan foto asalnya kurang memuaskan, ia tidak membantu. Baiklah, penulis tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai foto-foto ini kerana ada beberapa info terbaharu yang telah pun diperolehi.

Berapa pilihan varian yang akan ditawarkan?

Untuk versi 2020, Perodua hanya menawarkan empat varian sahaja untuk Bezza, tidak seperti sebelumnya ada lima varian. Tiada lagi varian 1.3 Premium X Manual untuk Bezza 2020. Berikut adalah varian yang ditawarkan:

  • 1.0 GXtra Manual
  • 1.0 GXtra Automatik
  • 1.3 Premium X Automatik
  • 1.3 Advance Automatik

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

Apa yang telah dipertingkatkan pada model ini?

Rekaan luaran

  • Lampu hadapan rekaan baharu jenis LED (untuk semua varian).
  • Bampar depan dan belakang rekaan baharu (untuk semua varian).
  • Skirt sisi rekaan baharu kemasan dwitona (untuk semua varian).
  • Cermin sisi elektrik dengan indikator signal (untuk semua varian, untuk varian Advance ia boleh dilaras dan dilipat secara automatik).
  • Rim aloi baharu saiz 14 inci untuk varian G.
  • Rim aloi baharu saiz 15 inci untuk varian X dan AV.
  • Pilihan warna baharu, Garnet Red dan Granite Grey (untuk semua varian)

Rekaan dalaman

  • Panel meter rekaan baharu dengan pencahayaan warna putih.
  • Rekaan papan pemuka yang digayakan semula, kini dengan dwitona, kemasan hitam dan krom kusam.
  • Sarung tempat duduk dengan reka corak serba baharu.
  • Stereng dan tombol gear dengan kemasan dwitona.

Ciri keselamatan

  • Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0) untuk varian AV sahaja.
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk varian X dan AV.
  • Kawalan Cengkaman (TRC) untuk varian X dan AV.
  • Bantuan Brek (BA) untuk varian X dan AV.
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) untuk semua varian.

Ciri keselesaan

  • Ciri Smart Entry dengan kunci pintar dan butang mula/henti enjin untuk varian X dan AV.
  • Kamera undur untuk varian AV sahaja.
  • Sensor pada penjuru bampar depan untuk varian X dan AV.
  • Sensor undur untuk semua varian.



JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!

Pilihan warna

  • Garnet Red (warna baharu) – untuk varian 1.3 liter sahaja
  • Granite Grey (warna baharu)
  • Sugar Brown
  • Ocean Blue
  • Glittering Silver
  • Ivory White

Berapa pula harga Bezza 2020, naik ke turun?

Harga semasa Perodua Bezza (Semenanjung Malaysia):

  • 1.0 GXtra Manual – RM34,490.00 (Solid/Metalik)
  • 1.0 GXtra Automatik – RM36,290.00 (Solid/Metalik)
  • 1.3 Premium X Manual – RM40,090.00 (Solid/Metalik)
  • 1.3 Premium X Automatik – RM41,890.00 (Solid/Metalik)
  • 1.3 Advance Automatik – RM47,790.00 (Solid/Metalik)

Harga baharu Perodua Bezza 2020 (Semenanjung Malaysia):

  • 1.0 GX Manual – RM34,580.00 (Solid/Metalik)
  • 1.0 GX Automatik – RM36,580.00 (Solid/Metalik)
  • 1.3 Premium X Automatik – RM43,980.00 (Solid/Metalik)
  • 1.3 Advance Automatik – RM49,980.00 (Solid/Metalik)

Bezza 2020 mengalami sedikit peningkatan harga antara RM90 (1.0 GXtra Manual) hingga RM2,190 (1.3 Advance Automatik) berbanding model sebelumnya, tetapi dengan apa yang telah dipertingkatkan dan ditambah baik pada model baharu ini, ia sememangnya amat berbaloi. Kami difahamkan tempahan untuk Bezza 2020 telah pun mula dibuka hari ini dan majlis pelancarannya dijangka pada pertengahan bulan Januari nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Perodua Bezza 2020 (resolusi rendah)

Foto intipan Perodua Bezza 2020

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply