ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

Gambaran artis

Views

Desas-desus mengatakan Perodua Bezza facelift bakal muncul pada penghujung tahun ini atau mungkin awal 2020. Rakan kami, pakar manipulasi digital tersohor Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin telah membuat satu karya impresi terbaharu berkenaan model tersebut dan ia jelas memperlihatkan kreativiti, kemahiran yang tinggi serta daya imaginasinya dalam memanipulasikan rekaan kereta secara realistik.

Secara kasar, Bezza facelift versi Theo ini masih mengekalkan struktur kerangka asal termasuk bentuk tingkap namun beberapa panel badannya telah diolah semula kerana dikatakan model ini nanti akan mengalami perubahan kosmetik yang agak besar. Paling ketara adalah pada bahagian wajahnya yang telah berubah sama sekali dengan menampilkan lampu utama jenis LED rekaan baharu yang lebih nipis. Bampar hadapan juga mendapat rekaan serba baharu dan kelihatan Theo meminjam bampar Axia buat sementara, namun ia diolah dengan cukup baik.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Dari padangan sisi perubahan bermula dari fender dan lengkung tayar hadapan yang kini lebih menonjol, sekaligus menjadikannya lebih berotot dan tegap. Panel pintunya masih sama, namun ada sedikit perubahan dibuat oleh Theo yang merendahkan posisi pemegang pintu sedikit ke bawah. Lekuk pada pintu juga nampak agak ketara dan kelihatan lebih jelas.

Dari tiang-C ke belakang, lengkung tayar turut ditambah dan rekaan belakang juga turut diolah terutama sekali bentuk lampu serba baharu yang masuk sedikit ke bahagian pintu but. Tetapi kami tidak pasti sama ada Perodua akan mengubah bentuk lampu belakang atau masih mengekalkan bentuk sedia ada. Rekaan but belakang juga nampak masih kelihatan sama tetapi bentuk bamparnya telah diubah.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Bampar belakang kelihatan lebih moden dan sporty dengan diffuser berada di bahagian bawah dan dihiasi sepasang pemantul cahaya pada bahagian atas sisi kiri dan kanan diffusernya. Bezza facelift versi Theo turut mendapat warna baharu yang diilhamkan sendiri oleh beliau yang diberi nama Merah Saga (Saga Red).

Selain itu katanya, ketinggian Bezza facelift ini juga diturunkan sedikit kira-kira 2 inci dan saiz tayar serta rim pula dibesarkan 1 inci kepada 15 inci (daripada 14 inci). Secara keseluruhan kami suka dengan perubahan yang Theo lakukan pada karya terbaharunya ini. Kami difahamkan Perodua akan turut memperkenalkan ciri Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 2.0) pada Bezza facelift nanti.

Sekali lagi kami ingin tegaskan yang karya digital ini hanyalah gambaran artis semata-mata dan tiada kena mengena dengan produk sebenar. Apa yang anda inginkan pada model ini nanti? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply