ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua CEO Talk 2017 beri suntikan semangat kepada 200 vendor dan pengedar automotif bumiputera

Views

Perodua telah menganjurkan satu program motivasi, Perodua CEO Talk 2017 untuk membimbing 200 vendor dan pengedar automotif bumiputera Perodua menghadapi keadaan pasaran yang mencabar. Program satu hari tersebut menyaksikan lima tokoh korporat, usahawan yang berjaya dan tokoh motivasi berkongsi pengalaman serta nasihat dalam mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi terutama sekali dalam keadaan penguasaan pasaran kenderaan nasional di bawah 50 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, terdapat peningkatan dalam penguasaan pasaran jenama kenderaan nasional kepada 49.1 peratus untuk tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 47.9 peratus pada tempoh sama tahun lalu. Angka ini juga masih lagi rendah bagi menampung ekosistem automotif tempatan.

Program ini juga merupakan platform kepada vendor dan pengedar sah Perodua untuk berkongsi pendapat dan mencari jalan penyelesaian daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antara panel penyampai Perodua CEO Talk 2017 termasuklah YBhg Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (personaliti TV dan pakar motivasi), YBhg Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengasas Karangkraf, Tuan Haji Ali Hassan, Pengasas Al-Ikhsan, YBhg Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Naib Presiden Pemasaran, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Kumpulan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Program seperti ini dijangka dapat memberi kesan yang mendalam kepada rakan niaga kami dan bercadang untuk meluaskan skop program ini kepada semua vendor dan pengedar sah kami di masa hadapan. Perodua begitu komited untuk 1,457 rakan niaganya dalam ekosistem automotif negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 176 merupakan vendor, 215 pengedar sah, 90 kontraktor dan selebihnya adalah pembekal dan agensi-agensi yang dilantik.

Komitmen ini boleh dibuktikan dengan perbelanjaan RM2.9 juta antara tahun 2014 dan 2016 untuk program pembangunan vendor dan RM5.5 juta untuk pengedar sah Perodua. Program CEO Talk 2017 telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua, YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin dan turut dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan berkaitan dengan agenda Bumiputera serta pihak pengurusan Perodua.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply