Dengan bantuan daripada sahabat kami, Vanhoe Rage, penulis telah berjaya menemukan tiga nama baharu yang telah didaftar oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tiga nama baharu itu adalah Qve, Pacer dan Ace, yang telah didaftarkan sejak 26 Jun 2024 oleh ejen Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
Permohonan tanda dagang Qve, Pacer dan Ace telah dihantar pada tarikh yang sama dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dan pewartaan.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Tanda dagang nama-nama tersebut pula diletakkan di bawah dua kategori yang berbeza, iaitu:
- Kelas 12 di bawah kategori kereta, automobil, motokar, transmisi, jenis penyambung pengecasan kenderaan elektrik, bateri kenderaan elektrik, motor elektrik untuk kenderaan elektrik dan lain-lain
- Kelas 37 di bawah kategori stesen servis kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, stesen mengecas kenderaan elektrik, pengecas rumah kenderaan elektrik, pengecas mudah alih kenderaan elektrik dan lain-lain.
Menerusi dua kategori tanda dagang yang telah didaftarkan ini, adakah ia memberi petunjuk awal kepada calon nama rasmi kepada model kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran Perodua?
Besar kemungkinan Perodua akan memulakan pengeluaran massa model EV tersebut selewat-lewatnya pada suku keempat (Q4) 2025.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Pada bulai Mei lalu, Perodua telah mempamerkan prototaip EV pertamanya, yang dikenali sebagai ‘Myvi Conversion‘ di Malaysia Autoshow 2024.
Dalam artikel terdahulu, Perodua telah mendaftar dua nama iaitu Traz dan Nexis sejak 29 April 2022 yang mungkin digunakan pada model SUV baharunya (namakod D66B) yang merupakan kembar kepada Toyota Yaris Cross.
Walaubagaimanapun, info baharu yang kami perolehi dari ejen perisik Mat Bond mengatakan bahawa Perodua telah menangguhkan pembangunan model-model baharu dan juga naik taraf (facelift) untuk tempoh setahun.
Ini bermakna, model baharu Perodua dijangka tiba pada tahun hadapan (2025) dan ini mungkin ada hubung kait dengan skandal ujian keselamatan Daihatsu dan Toyota, selain perlu menyiapkan ‘lambakan tempahan’ daripada para pelanggan pada kadar yang segera.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI