ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua dan PETRONAS Lubricants lanjutkan kontrak pembekalan minyak enjin dengan nilai RM355 juta

Views

Perodua Sales Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Perodua, dan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat milik penuh PETRONAS Dagangan Bhd telah memeterai perjanjian lanjutan bernilai RM355 juta untuk membekalkan 17 juta liter minyak enjin kepada Perodua, pertambahan sebanyak 21 peratus dari kontrak sebelumnya untuk tempoh lima tahun.

Usahasama jangka panjang ini bukan sekadar transaksi perniagaan tetapi ia juga membuktikan keyakinan Perodua dengan keupayaan yang dimiliki oleh PETRONAS sejak dari 2003. “Usaha sama kami dengan PETRONAS telah membuahkan hasil dengan mereka menawarkan minyak enjin yang terbaik untuk pasaran tempatan dan global,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin said.

“Perkongsian yang dilanjutkan dengan Perodua ini bakal mengukuhkan perniagaan segmen pengguna PETRONAS’ lubricants, yang bakal menjadi teras kepada strategi pertumbuhan untuk terus mara ke hadapan,” kata PETRONAS Lubricant Marketing (Malaysia) Chief Executive Officer, Zubair Abdul Razak.

Pembaharuan kontrak ini turut menyaksikan pelancaran minyak enjin gred lebih tinggi yang melepasi piawaian API SM dan dibuat khusus kepada pelanggan Perodua yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis di bengkel luar atau melakukannya sendiri.

Produk terbaharu ini memberikan perlindungan enjin sepenuhnya yang direka dengan rintangan pengoksidaan yang lebih baik, perlindungan yang lebih tinggi terhadap deposit karbon, perlindungan memakai yang lebih baik, dan meningkatkan prestasi minyak. Ini bermakna minyak tersebut menyediakan perlindungan yang diperlukan oleh enjin Perodua. Produk baharu ini boleh didapati bermula September 2016 dan harga akan diumumkan kemudian.

“Perodua mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS dan PLMM kerana terus memberikan sokongan dan akan meneruskan kerjasama pada masa akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh said.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

EMY_0131 EMY_0190 EMY_0221

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply