ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua dan UTM meterai MoU untuk bangunkan generasi baharu kenderaan elektrik (xEV)

Berita Tempatan

Views

Perodua dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan generasi baharu kenderaan elektrik (xEV) di Malaysia.

Memorandum ini merangkumi pakej komprehensif yang meliputi aspek pendidikan dan latihan kepada bakal jurutera baharu dalam membangunkan teknologi berkaitan xEV.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya berharap untuk meneroka masa depan di mana Malaysia mampu membina teknologi xEV sendiri dan manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Tambah beliau, melalui perjanjian ini, Perodua telah melangkah lebih jauh daripada tugas asalnya – daripada menjadi pemangkin pemindahan teknologi kepada sebuah entiti yang memacu pembangunan teknologi.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Perodua, yang ditubuhkan pada 1993, diwujudkan bagi menyediakan kenderaan yang berkualiti tingggi dan mampu milik buat rakyat Malaysia, dalam masa yang sama bertindak sebagai syarikat yang dapat memindahkan teknologi ke Malaysia.

Pemindahan teknologi ini bertujuan untuk membangunkan ekosistem automotif negara dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi rakyat Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Rosli Md Illias menekankan bahawa potensi kerjasama ini adalah untuk memacu kelestarian mobiliti di Malaysia.

Ujar beliau, kerjasama ini menunjukkan kepentingan merapatkan jurang antara akademia dan industri dalam memperkasakan graduan dengan kemahiran serta pengetahuan yang relevan.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar dan penyelidik UTM, tetapi juga menjadi model kerjasama antara akademia dan industri untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Perjanjian ini menekankan enam elemen utama termasuk kerjasama antara Perodua dan UTM dalam memperkukuh kurikulum akademik UTM bagi kursus kejuruteraan dan bidang-bidang berkaitan.

Selain itu, melalui perjanjian ini, satu makmal satelit akan ditubuhkan di kampus utama UTM di Skudai, Johor. Perodua dan UTM akan bertukar pengetahuan mengenai perkembangan semasa pelbagai teknologi automotif yang memfokuskan kepada xEV.

Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama memberi pendedahan kepada ahli-ahli akademik dan jurutera dalam pembangunan teknologi xEV.

Perodua dan UTM akan bekerjasama secara aktif dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta program pembangunan bakat dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Perjanjian ini juga turut membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka bidang kerjasama lain yang saling memberi manfaat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply