ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua ECO Garden dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Selepas melancarkan kawasan rekreasi, Laman Hijau bulan lalu, semalam Perodua telah merasmikan ECO Garden di tengah-tengah kampus ibu pejabat dan pengeluarannya di Sungai Choh. Diilhamkan oleh Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Masanori Takahashi, taman mampan berukuran 1,500 meter persegi ini merupakan peneraju kepada rancangan Perodua untuk menerapkan nilai-nilai eko di dalam setiap kemudahan serta operasinya.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Premium tertiris

Menurut Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Perodua ingin melakukan perubahan melalui produk dan operasinya sekali gus dapat memberi kesan positif kepada dunia. Perodua ECO Garden dirasmikan semalam oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Tuan Haji Shafe’ee Yasin, mewakili Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, dan Tan Sri Asmat, bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5hb Jun serta Bulan ECO Perodua.

Taman tersebut dibina berlanskapkan hutan semulajadi dengan pelbagai flora, termasuk kolam ikan yang menggunakan sisa air yang dirawat, taman rekreasi, pusat informasi serta taman herba organik. Selain itu, sebahagian besar Perodua ECO Garden dibina daripada bahan sisa kilang yang dikitar semula dan semua lampu serta pam air dikuasai sepenuhnya oleh tenaga elektrik suria.

JOM BACA >> PANAS : Foto unit audio Proton Saga facelift 2019 varian standard tertiris

Beberapa bangunan di kampus Perodua telahpun dipasang dengan panel suria dan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan, dan pemasangan panel suria 1 MW di trek ujian pula dijangka selesai pada bulan Julai. Perodua berharap inisiatif ini akan memberi inspirasi kepada kakitangannya, industri dan rakyat Malaysia untuk mengamalkan cara hidup yang lebih mampan dan mesra alam.

Perodua merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) No 1 di Malaysia. Setakat ini, ia telah menghasilkan dan menjual lebih 650,000 unit EEV, termasuk Axia, Bezza, Myvi generasi ketiga serta SUV tujuh-tempat duduk, Aruz.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply