ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua hulur sumbangan buat rakan niaga di Sri Lanka

Berita Global

Views

Perodua telah menghantar bantuan kepada kakitangan wakil pengedarnya, Unimo Enterprises Limited, di Sri Lanka ketika negara kepulauan itu bergelut dalam pemulihan krisis kewangan yang berterusan yang menyaksikan pembekuan import sejak 2020.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Larangan import ini telah menghentikan penjualan kenderaan Perodua di Sri Lanka, yang sebelum ini merupakan pasaran eksport CBU terbesar pengeluar kereta kompak itu. Pada penghujung 2019, model terlaris Perodua di Sri Lanka ialah Bezza 1.0L.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, krisis kewangan di Sri Lanka juga telah membawa kepada kesukaran hidup dan pihaknya bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada rakan kongsi mereka di sana.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Perodua telah menghadiahkan baucar membeli-belah kepada 171 pekerja Unimo sebagai bantuan dalam tempoh yang sukar ini.

Ia adalah cara paling effektif untuk membantu kakitangan Unimo mendapatkan keperluan harian dan pihaknya berharap keadaan di sana akan bertambah baik. Unimo Enterprises Limited ialah wakil pengedar Perodua di Sri Lanka sejak tahun 1995.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply