ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua kekal sebagai jenama pilihan nombor satu rakyat Malaysia

Views

Perodua telah mencatat jualan sebanyak 207,100 unit kenderaan pada 2016, sekaligus menguasai 35.7 peratus dari 579,600 jumlah keseluruhan industri pada tahun tersebut dan menjadikannya penguasaan pasaran tertinggi dalam sejarah syarikat. Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata model sedan pertama mereka, Bezza telah menjadi sedan kompak dalam segmen A nombor satu dalam negara dengan jumlah sebanyak 36,000 unit untuk tahun 2016.

Pencapaian tersebut juga menjadikan Perodua sebagai jenama pilihan nombor satu di Malaysia untuk tahun ke-11 berturut-turut. Untuk jumlah keseluruhan industri, Perodua mencatat kenaikan sebanyak dua peratus untuk jumlah keseluruhan industri yang menyasarkan jualan 590,000 unit kenderaan pada 2017 dari 579,600 unit pada 2016.

Perodua menyasarkan untuk menguasai 34 peratus penguasaan pasaran dengan jumlah 202,000 unit kenderaan pada 2017. Pasaran eksport Perodua juga turut berkembang sebanyak enam peratus 6 pada 2016 dengan 4,700 unit, berbanding 4,400 unit pada 2015 dengan jumlah eksport terbesar sebanyak 60 peratus ke Indonesia.

Mengenai keuntungan pula, Perodua akan memfokuskan kepada khidmat lepas jualan. Untuk tahun 2016 sahaja hampir dua juta kenderaan mengujungi pusat servisnya di seluruh negara. Perodua mencatat perolehan servis sebanyak RM682 juta pada 2016 berbanding hanya RM600 juta pada tahun sebelumnya.

Untuk pengeluaran pula, Perodua telah mengeluarkan sebanyak 213,000 kenderaan pada 2016 berbanding 229,000 kenderaan pada 2015. Jumlah itu susut akibat kekurangan permintaan kenderaan pada tahun lepas. Berkemungkinan untuk tahun 2017 jumlah tersebut akan semakin turun kepada 197,000 unit yang juga merupakan sasaran jualan Perodua pada tahun ini.

Tahniah dan syabas Perodua!

KLIK UNTUK BESARKAN

EMY_0177 EMY_0345 EMY_0451 EMY_0454

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Proton mana proton? Ohh.. enjin CamPro dgn gearbox CVT Punch org dah taknak beli dah. Kena keluarkan cepat2 enjin GDI & gearbox CVT Jatco!


  • Tahniah Perodua..
    Semoga terus cemerlang..
    Untuk Proton..muhasabah diri..sedar kelemahan dan baiki…buang ego..zaman anda sudah berlalu..
    Perbaiki dr segala kesilapan lampau..kerana bukan mudah mahu ambil hati y pernah di kecewakan..
    Jenama anda masih sangat lemah walaupan d tanah air sendiri..
    Fahami benar2 kehendak pasaran..
    Terutama kualiti rekabentuk..
    Rekabentuk adalah kualiti pertama y akan dilihat pasaran..bukan nya kecangihan teknolgi pegendalian…semua pengeluar boleh integrasikan pelbagai teknologi tp jika rekabentuk hampeh… jadinya mcm proton lh.. TIDAK LAKU..!!


  • Tahniah Perodua.. Untuk tahun 2018/2019 Perodua boleh target satu juta unit kenderaan terjual.. Pasaran automotive sangat luas dalam negara-negara peserta TPPA.. Perodua boleh bersaing dan mencapai jualan 1juta setahun jika kena caranya..

Leave a Reply