ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua kembali ceriakan Hospital Selayang – Sumbang peralatan dan perbaharui ruang bermain kanak-kanak

Berita Tempatan

Views

Perodua kembali ke wad pediatrik Hospital Selayang semalam menerusi inisiatif Tanggungjawab Korporat terkininya dengan menyumbang peralatan perubatan dan mengagihkan hadiah kepada para pesakit dan kakitangan. Bukan itu sahaja, ruang bermain kanak-kanak juga telah diperbaharui.

Para sukarelawan Perodua telah membersihkan ruang tersebut, mengecat kabinet, menggantikan kertas dinding dan siling, memasang TV pintar, alas lantai baharu serta membeli buku dan mainan baharu. Selain itu, Perodua turut menyumbang sebuah pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah oksigen di dalam badan) dan tiga buah skrin mudah alih kepada wad pediatrik.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Syarikat itu juga memberi paket wang dan beg tali yang mengandungi alat tulis kepada kira-kira 100 pesakit kanak-kanak. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sebagai syarikat yang mengutamakan insan dan jenama yang prihatin, Perodua sentiasa mencari kaedah jangka panjang yang mampan untuk membantu dan menyumbang kepada rakyat.

Ruang bermain kanak-kanak kini tampil dengan grafik bertemakan keselamatan dan alam sekitar. Syarikat tersebut merancang untuk mendidik para pesakit kanak-kanak mengenai keselamatan dan alam sekitar menerusi pelbagai aktiviti pada tahun-tahun akan datang.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Tambah Datuk Zainal, usaha mereka tidak berhenti di sini, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk kanak-kanak di sini pada tahun-tahun akan datang, antaranya aktiviti bercerita, tayangan filem, permainan teka-teki dan origami. Perodua juga ingin mengadakan program menderma buku untuk mengisi pusat sumber mini di sini.

Katanya lagi, inisiatif ini merupakan tanda penghargaan mereka kepada para kakitangan wad pediatrik Hospital Selayang atas dedikasi mereka dalam menjaga pesakit kanak-kanak di sini. Kepada semua pesakit kanak-kanak di sini, Perodua berharap dapat menceriakan hari dan melebarkan senyuman anda.

Pada Februari yang lalu, Perodua telah menyumbang tiga buah pulse oximeter dan enam buah skrin mudah alih kepada wad pediatrik Hospital Selayang, serta mengagihkan paket wang dan beg hadiah kepada para pesakit dan kakitangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply