ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua kuasai 36.1 peratus pasaran, 20,000 unit Bezza telah berada di jalan raya

Views

Pengeluar automotif nasional kedua, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 150,900 unit kenderaan untuk sembilan bulan pertama tahun ini, dengan menguasai hampir 36.1 peratus jumlah keseluruhan industri (TIV) hasil kejayaan memberangsangkan model terbaharu mereka, Bezza. Sebagai perbandingan, Perodua telah menjual 157,500 unit kenderaan untuk sembilan bulan pertama tahun lalu.

Sejak diperkenalkan pada 21 Julai lalu, sejumlah 20,000 unit Bezza telah didaftarkan, sekaligus memecahkan rekod penghantaran model baharu tertinggi hanya dalam masa 90 hari. Sedan kompak pertama keluaran Perodua itu juga direkabentuk oleh anak tempatan untuk rakyat Malaysia. “Kami berterima kasih kepada pelanggan yang memilih Perodua sebagai jenama kegemaran mereka dan berjanji akan membuat penghantaran Bezza khususnya, dalam tempoh yang singkat,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid.

Untuk suku ketiga tahun ini, Perodua telah menjual 45,300 unit kenderaan, namun ia mengalami sedikit penurunan sekitar 7.5 peratus dari 49,000  unit yang telah direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Terdapat peningkatan dalam khidmat selepas jualan dengan kemasukan 1.51 juta kenderaan ke pusat servis mereka dari 1 Januari hingga 30 September tahun ini berbanding 1.45 juta pada tahun lalu.

Perodua juga telah mengeluarkan 153,700 unit kenderaan untuk sembilan bulan pertama tahun ini, namun jumlah ini menurun sebanyak 9 peratus berbanding 168,300 unit kenderaan untuk tempoh sama tahun lalu, sekaligus mencerminkan situasi pasaran yang sedikit lembap. “Kami yakin untuk suku keempat tahun ini akan lebih mencabar berikutan ketidaktentuan kondisi ekonomi selain aktiviti jualan dari pesaing,” tambah Aminar lagi.

Perodua telah bersedia dengan beberapa inisiatif untuk memacu jualan untuk suku keempat tahun ini. Antara inisiatif yang telah dirancang termasuklah peraduan “Pandu Uji dan Menang” di mana pemenangnya bakal membawa pulang sebuah Perodua Bezza Advance (dengan aksesori GearUp) selain pakej percutian ke China. Selain itu, Perodua turut menawarkan penjimatan dengan memberi diskaun hebat untuk model model terpilih pada bulan Oktober ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

jom-beli-oct2016 test-drive-win-sms-contest ufirst-anniversary-contest

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply