ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua labur RM2 juta untuk kembangkan perniagaan B&P di Kelantan

Views

Perodua telah memperkenalkan pusat Badan Kenderaan dan Cat (B&P) yang ke-66 di Kota Bharu, Kelantan untuk memenuhi keperluan para pelanggan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pusat baharu yang bernilai RM2 juta ini dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh pengedar Perodua, Nasrom (M) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, Perodua mengiktiraf dan menghargai pelaburan yang dibuat oleh Nasrom (M) Sdn Bhd serta komitmen mereka dalam memenuhi keperluan pelanggan. Perodua akan terus menambah baik kemudahan B&P yang sedia ada ataupun mewujudkan kemudahan baru dalam memenuhi keperluan lebih daripada 3.2 juta pemilik kenderaan Perodua setakat ini di seluruh negara.

Di samping meningkatkan kemudahan kepada para pelanggan, fasiliti baharu ini juga membuktikan komitmen Perodua dalam mengembangkan eko-sistem automotif tempatan, terutamanya pengedar bebas seperti Nasrom (M) Sdn Bhd. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab Perodua sebagai syarikat kereta nasional.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

Terletak di kawasan seluas 17,000 kaki persegi di Lot 12972 & 12973, Kg. Padang Kala, Daerah Peringat, 16150, Kota Bharu, kemudahan B&P baharu ini mampu membaiki sehingga 1,080 kereta setahun. Dengan kemudahan baharu ini, pelanggan akan dijamin dengan mutu kerja yang berkualiti dan alat ganti yang tulen dalam proses membaiki kereta mereka.

Kakitangan syarikat yang sah akan turut membantu dalam proses tuntutan insurans. Pengarah Urusan Nasrom (M) Sdn Bhd En Ab. Alim @ Ab. Halim bin Hassan berkata syarikatnya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pengalaman pelanggan dengan mereka menjadi mudah dan menyenangkan.

Dilantik sebagai pengedar sah Perodua sejak 1994, Nasrom (M) Sdn Bhd turut mengendalikan cawangan 1S (jualan) dan cawangan 2S (servis dan alat ganti), kedua-duanya di Kubang Kerian. Daripada 66 buah pusat B&P Perodua di seluruh negara, tujuh berada di Pantai Timur, meliputi kawasan Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Jerantut dan Kota Bharu.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply