ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua masih kuasai 35.9 peratus pasaran kenderaan, Bezza paling laris dalam segmen-A

Views

Perodua terus menunjukkan momentum terbaik untuk terus menjadi peneraju dalam pasaran kenderaan di Malaysia. Untuk suku pertama 2017, Perodua telah mendaftarkan hampir 50,300 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding 47,200 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ia secara tidak langsung menunjukkan penguasaan pasaran sebanyak 35.9 peratus daripada jumlah keseluruhan industri dengan 140,000 unit kenderaan telah terjual setakat tahun ini.

Pada suku pertama 2016, Perodua turut menguasai 35.9 peratus pasaran dengan 47,200 unit kenderaan didaftarkan daripada jumlah keseluruhan industri yang berjumlah 131,300 unit. Untuk perbandingan bulan ke bulan pula, Perodua berjaya menjual 19,500 kenderaan pada bulan Mac 2017 mengatasi jumlah 17,300 unit untuk bulan yang sama tahun lalu, dengan peningkatan sebanyak 13 peratus.

Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, peningkatan jualan ini adalah disebabkan oleh pengenalan Axia facelift dan juga promosi yang aggresif bagi model keluaran Perodua yang lain. Beliau berkata, angka tersebut adalah berdasarkan kajian dalaman dan tertakluk kepada angka rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, Perodua mencatatkan 518,201 kemasukan ke pusat servis mereka pada suku pertama tahun ini, yang menunjukkan peningkatan satu peratus berbanding dari 515,343 kemasukan pada suku pertama tahun lalu. Pendapatan dari alat ganti (termasuk aksesori) turut meningkat pada suku pertama tahun ini dari RM65 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada tahun 2016. Perniagaan membaiki dan mengecat badan kereta juga mencatat pertumbuhan 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perodua juga telah mengeluarkan sebanyak 49,218 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini berbanding 48,300 unit kenderaan pada suku pertama tahun 2016. Peningkatan ini adalah disebabkan permintaan yang sangat tinggi untuk model Axia facelift dan Bezza. Untuk eksport, pada suku pertama 2017, Perodua telah mengeksport sebanyak 941 unit kenderaan ke enam buah negara, yang menunjukkan penurunan sebanyak 41 peratus berbanding 1,600 unit kenderaan untuk tempoh sama tahun lalu .

Perodua positif untuk mencapai sasaran eksport sebanyak 5,000 unit pada 2017, yang jumlahnya hampir sama berbanding tahun 2016. Perodua turut optimistik untuk mencapai sasaran 202,000 unit kenderaan tahun ini walaupun berdepan dengan cabaran dalam industri automotif yang mungkin mencatatkan pertumbuhan sederhana tahun ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkepentingan termasuk para pelanggannya yang sentiasa memberi sokongan padu kepada jenama tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

BEZZA_BACK_LEFT_1 Bezza WHITE_ Front_Left_1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Proton tenat nazak tunggu nak talkin kan je.. Xlma lg. Berpuluh tahun habis duit dgn suntikan kerajaan, jd bodoh sombong, membela pelesit pkerja brmslh. busness dgn Vendor penyangak, akhirnya kalah dgn p2 yg hnye buat kjuruteraan bumper kate pentksob protong..

    Lps ni elok staff proton rse mnganggur dn pkai keta saga yg mreka design dn jual tu.. Blgk sgt..


    • Tu lah. Nk pakai jugak campro tu.. pakai je enjin jepun mcm perodua. Market kecik tak payah R&D enjin. Pasang enjin jepun mcm perodua dah ok. Platform boleh pulak beli honda accord. Enjin TGDI & GDI tu membazir je buat r&d. Melainkan dpt jual enjin kpd company lain..


      • Mmm… ye la…. x payah bukak industri auto kat m’sia nie, membazir je. Sumer bagi jer kat jepun, biar diorg bagus, biar diorg pandai, RnD xyah, buang duit, buang masa jer… nk jadi pandai bukan senang kn?:P Kalau ada company pun, jual jer kat depa nie, yg ada kt M’sia jadi dummy pun x pe. biar diorg handle. Apa susah, janji bleh hidup ok la. Apa diorg nk kat M’sia nie bagi je. Nk tanah buat kilang? bagi je. Nak apa lagi bagi je… Biar diorg dgn mentaliti tuan dan kita plak selesa dgn mentaliti hamba…:P

        Cheers!


        • Mana lebih baik?
          Keluarkan modal RM1.25 billion, lepas tu rugi RM1.8billion?

          Keluarkan modal RM1billion, lepas tu untung RM200 juta?


        • orang kite nak maju? dengan rasuah memanjang. pemalas. keje sume nak senang. yang kreatif dan baik dijatuhkan. yang kat atas sume kaki ampu dgn penyangak. selagi org kite yang baik2 tak sedar dan tak beranikan diri utk bersatu hati lawan penyangak2 ni, slagi tu la kita jadi hamba kat tanah sdiri.


  • Tahniah Perodua..! Teruskan sokong Perodua.. Jualan Perodua pasti akan melepasi target yang ditetapkan sepanjang 2017.. Model Bezza akan dilengkapi ESC untuk semua variannya akhir tahun ini tanpa kenaikan harga.., Manakala 2018 untuk semua model yang lain akan dilengkapi ESC.. Myvi generasi baru akan diperkenalkan..

Leave a Reply