ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi terima penarafan 5-bintang dari ASEAN NCAP

Views

Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Perodua Myvi yang telah diberi penarafan 5-bintang oleh Program Keselamatan Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP). Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, Perodua sangat berbangga dengan kejayaan ini dan akan sentiasa mengutamakan falsafah ‘Orang Ramai Diutamakan’. Myvi 2018 juga mewakili kesungguhan Perodua dalam usaha untuk memastikan keselamatan pelanggan dan penumpang kenderaan keluarannya.

Acara penyampaian sijil tersebut telah berlangsung sempena Seminar ASEAN NCAP: ‘Ke Arah Autonomi’ di Kajang, semalam. Tambah Aminar lagi, Perodua ingin mengucapkan terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP kerana kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu syarikat untuk menjadikan Myvi kereta bertaraf 5-bintang.

Myvi 2018 diuji dan diberi penarafan berdasarkan protokol ASEAN NCAP 2017-2020 terbaharu dan ia telah berjaya mencatatkan 32.71 mata daripada kemungkinan 36 untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), dengan pematuhan 90.9 peratus. Ia turut mencatatkan 43.14 mata daripada kemungkinan 49 untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), dengan 88 peratus pematuhan.

Penarafan keselamatan 5-bintang ini adalah untuk semua varian Myvi baharu, yang dilengkapi empat beg udara dan sistem Brek Anti-Kunci dengan Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman, Isyarat Berenti Kecemasan, cagak ISOFIX, penderia undur dan peringatan pemakaian tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk.

Selain itu, varian 1.5 pula dilengkapi dengan enam beg udara dan model spesikasi paling tinggi 1.5 Advance pula menampilkan sistem Advanced Safety Assist yang merangkumi Amaran Praperlanggaran, Brek Praperlanggaran, Amaran Berlepas Hadapan dan Kawalan Salah Operasi Pedal. Myvi baharu merupakan kenderaan yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri keselamatan tercanggih seperti ini pada harga yang mampu milik.

Myvi 2018 merupakan kereta kedua keluaran Perodua yang menerima penarafan keselamatan 5-bintang selepas Bezza. Tahun lalu, ASEAN NCAP mengaunugerahkan Bezza ‘Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak Terbaik’ dan ‘Perlindungan Penumpang Dewasa Terbaik’ dalam kategori kereta kecil keluarga. Semua kenderaan Perodua mendapat pengiktirafan ASEAN NCAP bagi memastikannya mematuhi pelbagai peraturan keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply