ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua naik gaji, elaun dan faedah pekerja 10%

Views

p2-logo

Hari ini Perodua dan kesatuan sekerjanya menandatangani “Perjanjian Bersama” untuk menaikkan gaji, elaun dan faedah untuk pekerja bukan eksekutif sebanyak 10% supaya dapat membantu mereka mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup selain mengiktiraf sumbangan mereka kepada syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata daripada kenaikan 10 peratus itu, sekurang-kurangnnya 5.0 peratus ialah kenaikan gaji dan selebihnya pelbagai elaun dan faedah. Perjanjian tersebut berkuatkuasa mulai 2014 sehingga 2016 dan selepas itu ia akan dikaji semula oleh kedua-dua pihak. Perodua mempunyai seramai 9,000 pekerja seluruh negara dan 6,700 orang adalah pekerja bukan eksekutif .

Awal tahun ini juga Perodua turut mengagihkan baucer membeli-belah bernilai RM1, 200 dan RM1,500 kepada semua pekerjanya. Aminar turut menambah, Perodua juga bakal membina sebuah masjid dan pusat jagaan harian kanak-kanak sebagai salah satu program pengekalan pekerja mereka.

* Wah, untung la pekerja Perodua lepas ni, syarikat banyak untung tu, hehehe… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif