Di zaman serba canggih dan ‘segalanya di hujung jari’, pengeluar kereta nasional Perodua turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan platform tempahan secara dalam talian, yang dikenali sebagai Perodua Online Booking.
Tempahan bagi model-model keluaran Perodua kini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan juga pada bila-bila masa. Anda cuma memerlukan beberapa langkah mudah untuk membuat tempahan.
Tidak lagi perlu ‘was-was’ dan apa yang pasti prosesnya cukup mudah, pantas dan juga selamat! Anda juga tidak perlu khuatir kerana yuran tempahan RM100 boleh dikembalikan, (tertakluk kepada terma dan syarat).
Untuk membuat tempahan, ikuti langkah-langkah mudah ini:
- Layari laman sesawang https://www.perodua.com.my/
- Pergi ke halaman tempahan dalam talian di https://www.perodua.com.my/online-booking.html
- Ikut arahan dengan mengisi butiran pembelian anda.
- Pilih model pilihan anda dan aksesori GearUp.
- Sahkan ringkasan pembelian anda.
- Anda boleh memilih sama ada mendapatkan Sebut Harga, Bercakap dengan Penasihat Jualan (SA) atau Tempah Sekarang.
- Isikan butiran peribadi, saluran pilihan dan SA.
- Teruskan kepada pembayaran RM100 menerusi FPX.
- Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima resit melalui e-mel.
- Anda boleh teruskan untuk membuat permohonan pinjaman jika mahu.
- Jika anda ahli UFirst, anda boleh log masuk ke akaun UFirst anda untuk menjejak tempahan anda.
- Jika bukan ahli UFirst, Penasihat Jualan terpilih kemudian akan memulakan tandatangan EVSO dalam masa 24 jam.
- Setelah selesai, anda akan menerima pemberitahuan untuk mengaktifkan akaun UFirst anda (Jika anda bukan ahli UFirst).
- Anda kemudian akan dapat menjejaki tempahan anda daripada akaun UFirst anda.
Setiap pelanggan hanya boleh menempah sebuah kenderaan Perodua sahaja bagi mengelakkan pertindihan tempahan. Bukan itu sahaja, pilihan ‘tukar-beli‘ turut ditawarkan.
Sesi pandu uji juga boleh dijadualkan menerusi https://www.perodua.com.my/test-drive.html dan penasihat jualan akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam untuk mengatur sesi tersebut.
Anda juga tidak perlu risau kerana dibenarkan untuk menukar model, varian, warna atau pakej GearUp dan hanya perlu berbincang dengan Penasihat Jualan. Untuk sebarang perubahan, anda perlu mengesahkannya menerusi aplikasi atau portal UFirst.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Selain untuk diri sendiri, anda juga boleh membeli kereta untuk ahli keluarga, rakan-rakan atau orang lain dengan hanya memasukan butiran penerima menerusi borang tempahan dalam talian.
Sekiranya pelanggan bukan warganegara Malaysia, mereka juga boleh menggunakan platform ini, namun kereta tersebut perlulah didaftarkan di Malaysia.
Pembatalan tempahan dalam talian juga boleh dibuat sekiranya anda telah membayar yuran tempahan. Anda hanya perlu berbincang dengan Penasihat Jualan dan untuk pengesahan pembatalan, anda dikehendaki mengesahkannya menerusi aplikasi atau portal UFirst.
Tempahan yang dibuat dalam talian akan dilayan sama seperti yang dibuat di mana-mana cawangan pengedar. Oleh itu, anggaran tarikh penghantaran akan mengikut tempoh menunggu cawangan pilihan anda. Sila berhubung dengan Penasihat Jualan anda untuk butiran lanjut.
Mudah bukan? Tunggu apa lagi, tempah kereta Perodua idaman anda di https://www.perodua.com.my/online-booking.html sekarang!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI