ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua papar perincian pada lampu, jeriji dan rim dalam iklan acah Alza 2022 (D27A) terbaharu

Berita Tempatan

Views

Sebenarnya boleh dikatakan setiap hari Perodua memuatnaik siri video acah model terbaharu mereka Alza 2022 (D27A) menerusi saluran media sosialnya.

Cuma video acah hari ini mencuri perhatian kami kerana mereka memaparkan perincian pada bahagian lampu, jeriji dan rim pada model MPV tujuh-tempat duduk itu.

Dalam video ini, kita dapat melihat perincian pada lampu belakang yang menggunakan jejalur LED yang bersambung dengan palang hitam dan jejalur krom.

Bentuk lampu belakangnya juga hampir sama dengan kembarnya iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz di Indonesia.

Lampu depannya juga menggunakan rekaan yang hampir sama, cuma Perodua meletakkan lampu signal berurutan pada bahagian atas.

Perbezaan paling ketara adalah pada bahagian jeriji, dengan kemasan ala “Infinite Weave” Proton kemasan hitam berkilat yang menjadikan model ini seakan model MPV mewah. Turut kelihatan adalah lensa kamera di bahagian tengah.

Ini kali pertama Perodua memperkenalkan reka corak jeriji berkenaan dan kami berpendapat ia bakal menjadi indentiti baharu syarikat berkenaa pada model-model akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Selain itu, rim serba baharu dengan rekaan lima jejari berkembar turut dipaparkan. Ia menerima kemasan dwitona gabungan warna perak dan juga hitam berkilat.

Alza 2022 (D27A) ini ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Ia dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT dengan pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Power).

Tempahannya telah pun mula dibuka sejak 23 Jun lalu dan dijangka dilancarkan secara rasmi pada awal bulan Julai nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply