ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua pecah rekod jualan lagi! 26,852 unit berjaya dijual pada bulan Oktober

Berita Tempatan

Views

Perodua sekali lagi memecahkan rekod jualannya sendiri dengan menjual sebanyak 26,852 unit kenderaan pada bulan Oktober 2020. Ini sekaligus memecahkan rekod jualan bulanan sepanjang sejarahnya sebanyak 25,035 unit pada bulan lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pada bulan September, Perodua telah mencapai jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah mereka dan kini, mereka telah mengatasi pencapaian tersebut.

Tambah beliau, dalam bulan Oktober sahaja pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Ekosistem automotif merangkumi sektor langsung dan tidak langsung, seperti pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor. Rakan niaga tidak langsung termasuk institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans.

Ujar Datuk Zainal, dari segi kapasiti pengeluaran, mereka kini berada di 98 peratus secara purata pada Oktober 2020 dengan 26,362 kenderaan, yang juga merupakan pengeluaran bulanan tertinggi daripada kilangnya di Sungai Choh.

Kejayaan ini dicapai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga mereka, termasuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah – bersama dengan SOP asal yang diperkenalkan pada Mei.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Perodua telah berjaya menjual sebanyak 8,052 unit Myvi, 6,738 unit Axia, 6,895 unit Bezza, 3,193 unit Aruz dan 1,974 unit Alza pada Oktober. Tiga model iaitu Myvi, Axia, Bezza dan kekal sebagai kenderaan terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

Datuk Zainal berkata, dari segi penyelenggaraan kenderaan, stok alat ganti adalah mencukupi untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan kerana kebanyakannya dikilang secara tempatan. Pihaknya juga sedang berusaha untuk mengekalkan momentum jualan dan pengeluaran ini bagi memastikan penghantaran kekal tinggi dan memuaskan hati para pelanggan.

Dalam memberi lebih ganjaran kepada para pelanggannya, Perodua menawarkan penebusan tunai sehingga RM1,500 untuk Aruz (tertakluk terma dan syarat) sepanjang November, ke atas amaun pengecualian cukai semasa.

Di samping itu, Perodua juga turut menawarkan rebat tunai sehingga RM2,000 untuk kenderaan terpakainya sehingga 31 Disember 2020. Tawaran ini hanya boleh didapati di pusat jualan Perodua KL yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply