ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perkenalkan Aruz 2021 – Beberapa ciri ditambah, harga tidak berubah

Berita Tempatan

Views

Perodua memperkenalkan Aruz versi 2021 yang diperbaharui dengan mengekalkan harga semasa, iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk varian AV (harga atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia).

Kedua-dua varian kini dilengkapi dengan pemijak sisi serta penguncian pintu automatik apabila kelajuan melebihi 20 km/j (pintu akan dibuka secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran). Warna baharu turut ditawarkan iaitu Passion Red (eksklusif untuk varian AV) selain warna sedia ada, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, penambahbaikan SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020 ini sejajar dengan rangka tindakan Perodua Smart Build.

Aruz 2021 masih mengekalkan enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium yang digandingkan dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberikan kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l, sekali gus menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Barisan tempat duduk kedua yang dibahagi 60:40 serta barisan ketiga yang dibahagi 50:50 boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk menghasilkan pelbagai konfigurasi. Ia dilengkapi dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk semua varian, manakala sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 ditawarkan pada varian AV.

Ini membolehkannya menerima penarafan keselamatan maksimum lima-bintang ASEAN NCAP. Ia turut dilengkapi dengan lampu hadapan LED, rim aloi dwi-tona 17-inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sistem infohiburan skrin sesentuh dengan paparan kamera undur untuk semua varian.

Tambahan untuk varian AV pula adalah lampu automatik, lampu kabus hadapan, kerusi kulit, HDMI, Smart Link, navigasi dan perakam video pemanduan. Tambah Datuk Zainal, Aruz kini menikmati penurunan harga yang paling mendadak berikutan pengecualian cukai jualan kerajaan, iaitu sebanyak 6 peratus atau lebih RM4,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply