ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perlihat papan pemuka Myvi facelift – Stereng baharu, paparan pelbagai info digital besar

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran terkini di akaun Facebook rasminya, Perodua memaparkan satu poster yang memperlihatkan sedikit rekaan kabin Myvi facelift.

Tempahan Myvi facelift telah pun dibuka hari ini dengan harga bermula dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Apa perubahan kami yang perasan pada ruang kabin Myvi facelift menerusi foto ini? Pertama sekali adalah sterengnya yang dipinjamkan dari model Ativa.

Kedua, kelihatan seperti satu paparan pelbagai info digital jenis TFT bersaiz besar yang terletak di antara dua dial meter.

Ketiga, kemasan jejalur krom pada bingkai corong pendingin hawa yang sering menyebabkan silau telah digantikan dengan kemasan berwarna merah yang lebih sporty.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Selain itu kelihatan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) pada bahagian cermin depan yang akan menjadi ciri standard varian AV, H dan X serta salah satu varian G dan perakam video digital (dashcam) yang mungkin ditawarkan sebagai aksesori pilihan.

Kami jangkakan, tombol gear Myvi facelift akan berkongsi komponen sama dengan Ativa kerana ia bakal menggunakan transmisi jenis D-CVT.

Setakat ini masih belum ada maklumat mahupun foto terkini mengenai Myvi facelift dan kami akan cuba membawakan informasi mutakhir dari semasa ke sama. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply