ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sasar jualan 247,800 kenderaan tahun ini, pegangan pasaran dijangka naik 40.6 peratus

Berita Tempatan

Views

Perodua menjangka dapat meningkatkan pegangan pasarannya kepada 40.6 peratus tahun ini dengan mendaftarkan 247,800 kenderaan daripada sasaran jualan industri (TIV) 610,000 berbanding 37.4 peratus bahagian pasaran pada 2021.

Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, ramalan 610,000 TIV adalah unjuran dalaman Perodua kerana mereka percaya pasaran mampu melepasi sasaran 600,000 TIV yang ditetapkan oleh Persatuan Automotif Malaysia.

Beliau berkata, Perodua melihat jaminan daripada kerajaan bahawa langkah-langkah dalam membendung wabak Covid-19 menunjukkan kejayaan dan penutupan tidak akan berlaku lagi.

Tahun ini, Perodua menjangkakan untuk mengeluarkan sebanyak 265,900 kenderaan iaitu 37.5 peratus lebih tinggi berbanding 193,400 kenderaan yang dihasilkan pada 2021.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Kata beliau, peningkatan dalam pengeluaran akan membawa peningkatan pembelian alat ganti automotif sumber tempatan sebanyak 41.5 peratus iaitu kepada RM7.5 bilion berbanding RM5.3 bilion yang dibeli pada 2021.

Myvi menjadi model terlaris Perodua, sebanyak 47,525 unit diikuti Axia 43,080 unit, Bezza 42,698 unit, Ativa 26,847 unit, Aruz 15,313 unit dan Alza 14,828 unit.

Sejak ia dilancarkan pada 18 November 2021, sebanyak 7,055 Myvi facelift telah diserahkan dengan tempahan mencecah 31,154 unit sejak 9 November 2021.

Dato’ Zainal menjelaskan bahawa inisiatif pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan masih menjadi insentif yang terbaik buat pengguna untuk membeli kereta baharu mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tahun 2021 menyaksikan Perodua menjual 190,291 kenderaan, iaitu 13.6 peratus kurang berbanding 220,163 kenderaan yang didaftarkan pada 2020.

Berikutan bencana banjir yang berlaku pada Disember dan awal Januari tahun ini, Perodua telah menerima hampir 2,103 kes banjir di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 366 kenderaan telah dibaiki dan diserahkan kembali kepada pemilik.

Program Bantuan Banjir Perodua yang ditawarkan terdiri daripada diskaun 50 peratus untuk alat ganti standard, kos buruh percuma untuk semua penggantian dan pembaikan serta perkhidmatan tunda percuma 24 jam melalui talian Perodua 1800-88-5555.

Selain itu, Kementerian Kewangan pada 7 Januari 2022 telah mengumumkan inisiatif baucar RM1,000 untuk membantu rakyat Malaysia yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Baucar diskaun automotif yang akan tamat pada 31 Mac 2022, boleh digunakan untuk membuat tuntutan terhadap pembaikan kenderaan persendirian yang rosak akibat banjir atau untuk menggantikan kenderaan yang mengalami kerosakan penuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply