ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua siar video acah pertama Ativa (D55L)

Berita Tempatan

Views
Start your journey with the Perodua New Compact SUV

Dalam diam-diam Perodua telah mula menyiarkan video acah pertama model SUV kompak terbaharu mereka, Ativa (D55L) yang bakal dilancarkan secara maya pada 3 Mac 2021. Baru-baru ini kami telah dijemput untuk menghadiri sesi pratonton media model tersebut yang bertempat di Rawang.

JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Kami juga telah diberi peluang untuk memandu uji model tersebut di litar ujian Perodua dan untuk mengetahui apa pendapat Editor kami, Shamsul Yunos mengenainya, anda boleh menonton video di pautan ini. Sepertimana yang telah diketahui, Ativa (D55L) ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu X, H dan AV.

Harga tentatif atas jalan tidak termasuk insurans pula antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia. Tempahan model ini juga telah pun dibuka sejak 19 Februari lalu. Jika dilihat pada video acah ini, kita sudah boleh melihat imbasan reka bentuk hadapan model tersebut.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Apa yang kita dapat saksikan menerusi tangkap layar yang telah kami buat adalah rekaan jeriji dengan dua palang berlapis kemasan krom yang memegang logo Perodua di tengah-tengah. Kelihatan juga bukaan jeriji yang agak luas dan lebih besar daripada model kembarnya, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Kita juga dapat melihat sepasang lampu kabus yang terletak di kiri dan kanan bampar serta kemasan seperti plat gelincir (skid plate) di bahagian bawah bampar depan. Reka bentuk lampunya pula sama seperti dua kembar Jepunnya itu dengan menggunakan mentol jenis LED.

Kami menjangkakan Perodua akan mengeluarkan beberapa siri video atau foto acah lagi dari semasa ke semasa sementara menanti detik pelancaran. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply