ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang 10,000 lagi pelindung muka di Hulu Selangor dan Selayang

Berita Tempatan

Views

Perodua telah mengedarkan 10,000 lagi pelindung muka di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang sebagai inisiatif perlindungan awam bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Penerima di Hulu Selangor termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, klinik-klinik komuniti dan pergigian, para penguatkuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta para penjaja pasar pagi dan malam.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Selain itu, Perodua juga turut menyerahkan pelindung muka kepada Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan melalui mereka kepada para penjaja di kawasan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan ini merupakan tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah menyokong dan menyambut baik kami selama 27 tahun kami bertapak di kawasan tersebut.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Tambah beliau, setakat ini Perodua telah menyumbang hampir 21,000 pelindung muka dan berharap ia akan sentiasa dipakai oleh mereka yang bertugas bagi memberikan perkhidmatan, rawatan dan keperluan harian kepada kita semua.

Perodua pada bulan lalu telah menyumbang kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor. Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum.

Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa. Kata Datuk Zainal lagi, pihaknya berharap rakyat Malaysia akan terus mengamalkan dan menyesuaikan diri kepada norma baharu dengan berwaspada serta mematuhi semua garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply