ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang peralatan perubatan dan hamper kepada Hospital Besar Shah Alam

Berita Tempatan

Views

Perodua meneruskan usahanya menyokong institusi awam utama di seluruh negara dengan menyumbang peralatan perubatan dan hamper bernilai RM 87,967 kepada Hospital Besar Shah Alam.

Inisiatif berterusan itu bertujuan menyokong usaha pasukan barisan hadapan kesihatan Malaysia dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh negara.

Turut hadir ke majlis penyerahan di Hospital Besar Shah Alam tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Pengarah Hospital Besar Shah Alam, Dr Ruzita Othman.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Perodua menyumbang 1 unit Free Standing Warmer, 3 unit Photolight, Jelipad berteknologi tinggi, 7 unit stetoskop neonat, 1 set LSCS yang digunakan semasa pembedahan dan 10 unit gunting pembedahan ke wad pediatrik Hospital Besar Shah Alam.

Pengeluat kereta kompak itu turut menaja hamper kepada para pesakit dan juga pasukan barisan hadapan.

Datuk Zainal berkata Perodua mengiktiraf kepentingan usahasama antara awam dan swasta dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ujar beliau, pihaknya ingin menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan akan membantu semampu yang boleh dalam memastikan akses kepada bekalan perubatan untuk hospital dan keseluruhan sistem penjagaan kesihatan.

Tambah beliau, Perodua juga akan terus berkomunikasi dengan institusi-institusi awam utama dan Kementerian Kesihatan untuk melihat di mana mereka boleh memberikan nilai tambah dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Setakat ini, Perodua telah menyumbang bekalan perubatan kepada hospital-hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply