ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang peralatan perubatan dan kesihatan bernilai RM151,000

Berita Tempatan

Views

Perodua menyumbang sebanyak RM151,000 (dalam bentuk barangan dan peralatan) kepada dua hospital awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang berterusan dalam meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan awam.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, pihaknya berhasrat untuk membantu institusi yang memberi manfaat terbesar kepada semua rakyat Malaysia, seperti hospital-hospital kerajaan yang tersedia untuk semua.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Perodua telah menyumbang barangan termasuk peralatan diagnostik, peralatan pemulihan, peralatan penjagaan pesakit, mesin dialisis dan juga hamper untuk para pesakit serta pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar, kepada pihak pengurusan hospital dengan disaksikan oleh para pegawai perubatan dan kakitangannya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Setakat ini, Perodua telah menyumbang peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital-hospital awam di seluruh negara.

Ini termasuk Hospital Umum Sarawak, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di daerah Hulu Selangor.

Tambah, Datuk Sri Zainal, Perodua akan terus bekerjasama dengan badan-badan seumpama ini pada masa akan datang kerana ini adalah cara terbaik untuk mereka membalas sokongan yang telah diberikan selama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply