ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua syarikat EEV No 1 di Malaysia – Capai pengeluaran setengah juta unit

Views

Perodua telah mencapai kejayaan besar dengan lebih setengah juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dihasilkan dan dijual di Malaysia, mengukuhkan statusnya sebagai syarikat EEV No 1 negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata perjalanan EEV mereka bermula pada tahun 2014 dengan Axia, EEV pertama negara dan juga model transformasi pertamanya. Ia diikuti dengan Bezza, sedan EEV pertama dua tahun kemudian, dan seterusnya Myvi baharu pada tahun 2017.

Sejak pelancarannya masing-masing, sebanyak 342,600 unit Axia, 130,000 unit Bezza dan lebih 75,000 unit Myvi baharu telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini. Sejak kerajaan memperkenalkan klasifikasi EEV dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), lebih daripada 344,000 unit Axia, 130,800 unit Bezza dan 75,800 unit Myvi baharu telah dikeluarkan oleh Perodua di Sungai Choh.

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

Untuk diiktiraf sebagai EEV, sesuatu kenderaan harus mencapai atau menjangkaui kecekapan bahan api (diuji mengikut piawaian UNECE R101) yang tertentu berdasarkan beratnya tanpa muatan. Axia, Bezza dan Myvi baharu kesemuanya mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter. Tidak terhad kepada produk – kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan Axia dan Bezza, juga merupakan kilang bertaraf EEV pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi cekap tenaga dalam mengurangkan kadar pelepasan pengeluaran serta menetapkan piawaian baru dari segi kualiti,pengurusan kos dan penghantaran.

Kecekapan bahan api kenderaan Perodua menyumbang kepada kos operasi yang sangat rendah, dan juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau serta trend global ke arah kenderaan yang lebih cekap bahan api. Lebih-lebih lagi, kenderaan Perodua mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Ini digabungkan dengan ciri-ciri Perodua iaitu berkualiti tinggi, kebolehpercayaan, praktikaliti, kemudahan memandu dan rangkaian perkhidmatan terbesar di negara ini dalam usaha Perodua untuk menyediakan pakej mobiliti bernilai untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadikannya jenama pilihan. Sokongan padu sepanjang 25 tahun ini menggalakkan Perodua untuk terus berusaha, kerana “anda keutamaan kami”.

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply