ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tangguh semua operasinya di seluruh negara selama dua minggu mulai hari ini

Berita Tempatan

Views

Perodua menerusi satu kenyataan media yang dibuat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad memaklumkan, semua operasi di ibu pejabat, fasiliti pengeluaran, pusat jualan, servis serta Badan & Cat di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020, atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada kerajaan dari semasa ke semasa. Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk menangani pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Sehubungan dengan itu, penghantaran kenderaan baharu, servis serta perkhidmatan Badan & Cat dijangka akan beroperasi semula hanya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Kakitangan cawangan Perodua yang berkenaan akan menghubungi pelanggan-pelanggan dalam tempoh ini sekiranya perlu untuk memberi penjelasan dan makluman mengenai situasi tersebut. Perodua amat menghargai kesabaran anda buat masa ini.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Perodua juga berharap agar semua rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama penuh dengan mengikuti segala arahan kerajaan serta mengehadkan pergerakan mereka sebanyak mungkin untuk mengelakkan dari dijangkiti COVID-19. Jika anda mengalami sebarang isu dengan kenderaan anda dalam tempoh ini, anda boleh menghubungi talian bebas tol Perodua Auto Assist, 24 jam sehari, 7 hari seminggu di 1-800-88-5555.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply