ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua terus catat peningkatan pengeluaran dan jualan, purata tempoh menunggu dua setengah hingga lapan bulan

Berita Tempatan

Views

Perodua, pembekal dan pengedarnya terus mencatat peningkatan dari segi jumlah pengeluaran terkini (YTD) iaitu sebanyak 32.95 peratus kepada 51,134 unit daripada 38,460 unit.

Jumlah jualannya juga turut meningkat 33 peratus kepada 46,385 unit daripada 34,865 unit untuk dua bulan pertama tahun ini.

Pencapaian tersebut disumbangkan oleh peningkatan kecekapan dalam aspek pengeluaran, kemudahan pembiayaan kepada para pengedar yang lebih baik serta komunikasi yang menyeluruh di dalam ekosistem dan juga para pelanggan Perodua.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Menurut Pesiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, meskipun masih berdepan dengan isu bekalan cip semikonduktor, peningkatan kos dan sebagainya, namun Perodua berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka dari segi pengeluaran dan jualan.

Beliau berkata setakat ini, permintaan untuk kenderaan Perodua masih kekal kukuh dan pihaknya sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluarannya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Hasilnya, purata tempoh menunggu setakat 28 Februari kini adalah di antara dua setengah bulan dan lapan bulan. Semestinya, tempoh masa ini adalah tertakluk kepada model, varian dan warna.

Beliau dalam masa yang sama memohon maaf kepada para pelanggan dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Perodua akan cuba menambahbaik lagi pengeluaran dan pendaftaran pada bulan-bulan yang akan datang.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Tambah beliau, Perodua akan terus meningkatkan operasi termasuk ekosistemnya serta masa penghantaran kepada para pelanggannya.

Unjuran industri automotif dan Perodua juga diramalkan positif memandangkan keadaan ekonomi semasa adalah kekal stabil.

Kata beliau, tumpuan semasa kini adalah kestabilan tenaga kerja, terutama sekali buat para pembekal automotif untuk memastikan pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi.

Selain itu, Perodua juga berharap penggubal dasar dapat terus berkomunikasi dengan ekosistem berhubung sebarang perubahan polisi masa hadapan yang mungkin memberi kesan kepada industri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply