ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua turun harga Viva!

Views

perodua_viva_2009_pictures_1

Memetik sumber www.sinarharian.com.my hari ini, Perodua telah menurunkan harga bagi semua varian model Viva sehingga RM5,300! Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, pengurangan tersebut dapat dilakukan kerana usaha penjimatan kos syarikat itu sejak 2011.

Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (diskaun RM3,000) dan Viva AM1EZD RM36,800 (diskaun RM4,500) manakala model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Selain itu semua pelanggan baharu Perodua juga akan mendapat pakej servis percuma selama tiga tahun. Penurunan harga itu bermula hari ini disemua 181 pusat jualan Perodua seluruh negara. Perodua juga turut memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.

Adakah ini persediaan Perodua untuk melancarkan Perodua Axia tidak lama lagi? Model hatchback kompak tersebut dikatakan akan menggantikan Viva dan pengeluaran model Viva bakal dihentikan secara berperingkat selepas itu. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

21 Comments


        • siapa ka tak ada .. tak pernah pergi langkawi kah?
          kalau takda kia dealer tak la pengusaha-pengusaha kereta sewa kat langkawi tu byk beli kereta kia picanto untuk buat kereta sewa.


          • Tu dulu. Sekarang bleh tunjuk kat mana Kia dealer. Showroom Kia dekat pekan rabu dah jadik showroom BMW. Belakang Showroom BMW sekarang jadi pusat service Kia saja. Kalau nak beli Kia jugak kena pendaftaran semenanjung..Hah… Ko nak tau pasai apa lagik.


    • kau ni buat lawak ka apa?

      benda ni langsung tak ada kait skit pun dgn kerajaan najib… ini dasar yg dibuat oleh syarikat itu sendiri bukan sebab najib.


      • Mmm… means diorg gak menyokong dasar penurunan harga tu di samping menstrukturkan kembali harga model2 baharunya. Kn Axia nk kuar? X perlu alergi dgn dasar gov. Terima hakikat.

        Cheers!


      • Tak kasi turun kata janji kosong kerajaan…Kasi turun kata tak dak kena mengena ngan kerajaan..hermmm…Memang la yang wat turun harga kereta tuh tokei kedai kereta… Tak kan nak suruh tokei roti canai bawak turun harga kereta..Padiappaaaa


        • apa la yg ada dlm otak mereka ini. kalau kerajaan yg turunkan harga kereta semua model kereta di malaysia akan turun harga bukan satu model saja viva.


    • dia dah kecut perut la tu…baru dia tau sini ramai fanboi2 proton! padan muka dia kena hentam kaw kaw…main lagi api dgn fanboi2 proton kat sini kan dah merasa maki hamun mereka!


  • byk org xfhmdgn faktor penurunan harga kereta skg ni. viva turun harga bukan sebab kerajaan turunkan harga kereta tu tapi pengurangan kos pengeluaran dari kilang perodua yg xda kaitan langsung dgn peranan kerajaan dlm penurunan cukai or what ever. vios j baru xturun harga pun, city baru ada turun harga sbb penambahan penggunaan komponen tempatan dan xda kaitan dgn peranan kerajaan dlm penurunan cukai. diskaun akhir tahun, diskaun hari raya or apa2 perayaan pun tu pun bukan kesan langsung dr tindakan kerajaan turunkan harga kereta, tu kan marketing pengeluar kereta tu utk lariskan jualan kereta mereka.
    sedih jugak bila rakyat ditipu dgn kononnya kerajaan dah turunkan harga kereta sedangkan kerajaan tak buat apa2 pun utk turunkan harga kereta lepas PRU13. yg mungkin akan ada penurunan harga dari polisi kerajaan hanyalah kereta eev or kereta cekap penggunaan bahan api yg sebenarnya bukan semua rakyat kita mampu nak miliki kereta tu. kerajaan buat utk turunkan cukai bagi kereta eev pun bukan sbb nak tlg rakyat kebanyakan ni, polisi tu cuma nak jadikan negara kita hub pemasangan kereta cekap tenaga di rantau ASEAN je. kenyataannya rakyat negara ni yg gaji RM3500 kebawah xdpt manfaat pun utk pemilikan kereta eev sbb harganya yg lbh mhl dr kereta kebiasaan.
    tak kisah la kereta tu kereta nasional ke, kereta ckd ke, kereta cbu ke or kereta eev ke hrp2nya ada penurunan harga 20-30% kesan langsung dr peranan langsung dr tindakan kerajaan. bukannya mcm skg ni polisi pengeluar kereta tertentu yg turunkan harga tetibe kita sangka kerajaan yg turunkan harga kereta tu. ini aku janji kerajaan bukan kita saja2 nak mintak, tak kisah la kita org kerajaan ke pembangkang ke mari kita bersatu utk tuntut hak kita. sy bukan juru ckp pkr or pas or dap cuma nak tgk hak kita diberikan. tlg jgn tgk komen sy ni atas dasar politik ya.
    rakyat yg harus dibantu ialah org yg berpendapatan RM4000 ke bawah mcm BRIM. jd cdgn utk kerajaan, buat baucer potongan harga kereta 20-30% dan layak dipohon utk org2 yg berpendapatan Rm4000 kebawah dan kereta lebih umur 10 tahun.


    • Setuju!!ade ke syarikat kereta yg turun harga dikata nye ade kene mengena dgn kerajaan.kah kah kah..kereta mahal sebab cukai.sian proton.jual saga sv 35k pun dpt untung tak sampai 500.agak2 kalau kerajan giveup cukai separuh, berapa untung proton boleh dpt dgn 35k tu?atau mungkin proton boleh jual saga sv pada harga bawah 30k?


    • tepat sekali apa yg kau tulis..

      kita bukan nak cakap pasal politik.. skit pun tak mahu kaitkan dgn politik.
      tapi itulah faktanya…
      faktanya penurunan harga viva ini bukanlah ada kena mengena dgn kerajaan pun. skit pun tak ada.


  • interest tu rasenye akan naik jugak akhirnya. kalau harga kereta turun, means buyer akan amik less loan. bila loan kurang, untung kurang.
    bnm mesti approve naik interest punyee..

Leave a Reply