ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Vendors Club (KVP) dijenamakan semula sebagai Persatuan Pembekal Perodua (P2SA)

Berita Tempatan

Views

Perodua Vendors Club (KVP) baru-baru ini telah dijenamakan semula sebagai Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan turut melancarkan logo baharu mereka sempena Malaysia Autoshow 2019. Majlis pelancaran logo tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden P2SA, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee berkata landskap automotif kini sedang berubah dengan pantas dan mereka perlu berganding bahu untuk menempuhi cabaran tersebut. Selain daripada keadaan pasaran yang mencabar serta persaingan sengit daripada pembekal global, landskap industri automotif Malaysia juga telah berubah drastik dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Setakat ini, Perodua menjadi penyumbang utama pengeluar komponen auto tempatan dan P2SA mengambil petunjuk daripada mereka (Perodua) untuk melihat ke pasaran luar Malaysia sekiranya mahu mengambil kesempatan yang ada. P2SA juga ingin memberi penghargaan kepada pengurusan tertinggi Perodua, Presiden dan Ketua Pegawai Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Masanori Takahashi, dan Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim atas dedikasi dan komitmen mereka dalam membangunkan pembekal Malaysia.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Pada tahun 2018, Perodua telah membeli komponen automotif bernilai RM5 bilion daripada pembekal tempatan. Syarikat itu juga telah menyatakan bahawa ia akan membeli komponen bernilai lebih daripada RM6 bilion menjelang 2020 melalui aktiviti lokalisasinya yang luas.

Musa berkata, selain daripada komitmen yang dibuat oleh Perodua, P2SA turut mendapat manfaat dari bimbingan Perodua terutamanya dalam membantu memacu transformasi operasi di kalangan anggota persatuan. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah inisiatif Program Jurutera Residen Vendor di mana Perodua menempatkan para juruteranya untuk berkhidmat di pembekal untuk memahami kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Dengan cara ini, mereka dapat meminimumkan risiko perniagaan pembekal dalam tukaran wang asing (FOREX) dan jumlah yang tidak dapat diterima, sokongan pembekal melalui terma kredit jangka pendek, bayaran pendahuluan bagi pembelian bahan untuk pembekal dan pengembangan pembelian tempatan untuk skala ekonomi.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula, P2SA akan mengukuhkan pembangunan amalan terbaik untuk ahli-ahlinya, bukan sahaja dalam pengurusan peralatan dan proses, tetapi juga dalam program pembangunan modal insan.

P2SA telah menganjurkan acara-acara seperti pertandingan Karakuri (kaedah berasaskan mekanikal untuk meningkatkan produktiviti dalam proses), pengenalan dojo dan aktiviti lain berasaskan industri untuk menyamaratakan keupayaan ahlinya untuk Perodua dan Malaysia dalam menghadapi cabaran global.

Tambah Musa lagi, P2SA mencerminkan kesungguhan mereka dalam menghadapi masa depan dalam industri automotif. Buat masa ini P2SA mempunyai sejumlah 125 syarikat anggota dengan kekuatan tenaga kerja lebih dari 100,000 orang.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply