ARKIB

KATEGORI

Buletin

Persona dipandu warga asing rempuh bank gara-gara ‘silap masuk gear’

Berita Tempatan

Views

Dipercayai gara-gara tersalah meletak posisi ‘gear’ sebuah kereta yang dipandu seorang warga asing merempuh sebuah bank di bandar Inderapura di Jerantut, semalam.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu hanya menyebabkan dinding kaca bank berkenaan pecah serta rosak tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Menurut K! ONLINE, seorang pelanggan bank, Anuar Abdullah,50, berkata, dia yang sedang beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank berkenaan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dan bunyi kaca pecah.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Katanya, kejadian yang berlaku dalam beberapa saat ini mengejutkan semua pelanggan di dalam bank dan ada yang melaungkan ‘Allahuakbar’ serta lari keluar daripada bank kerana bimbang keselamatan masing-masing.

Nasib baik semasa kejadian semua pelanggan berada di dalam bank dan tidak berada di kaki lima bank, cuma cermin dinding kaca sahaja yang pecah dan tiada individu yang mengalami kecederaan.

Menurut Anuar, pemandu kereta berkenaan hanya terpinga-pinga selepas kejadian sebelum mengundurkan kereta dan menghubungi rakannya.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Katanya, kejadian menyebabkan dinding kaca bank berkenaan pecah dan rosak manakala ‘bumpar’ hadapan kereta terbabit tercabut.

Dia difahamkan, kereta dipercayai dipandu warga asing itu mahu mengundur tetapi tersalah ‘meletakkan’ posisi ‘gear’ menyebabkan kereta itu merempuh bank.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, polis sedang melakukan siasatan terhadap kejadian yang melibatkan pemandu warga asing berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal pemandu berkenaan menyatakan tertekan injak pemecut secara mengejut dan siasatan dilakukan termasuklah dalam aspek lesen memandu dan sebagainya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply