ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Persona VS Saga : Apa yang kami tahu mengenainya

Views

Setelah lama menanti akhirnya dua model “marhaen” dari Proton, Persona dan Saga generasi baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi. Berbeza segmen dan tanda harga, Persona wakil untuk segmen B terlebih dahulu memasuki gelanggang pertarungan pada bulan ini. Ia kemudiannya disusuli oleh “kereta rakyat” segmen A  Saga yang akan tiba sebulan selepas itu dan bakal membuat “perhitungan terakhir” dengan pendatang baharu dalam segmen sedan kompak, Perodua Bezza.

Buat masa ini kami hanya memperolehi maklumat yang agak terhad bagi kedua-dua model tersebut. Namun kami jangka persaingan sesama sendiri antara kedua-dua model ini juga akan berlangsung sengit dan kami ibaratkannya sebagai “Perang Saudara” kerana beza segmen antara mereka tidaklah terlalu ketara.

Kedua-dua model ini dikatakan model keluaran Proton yang paling senyap kerana ia dilengkapi tiga titik “mounting” enjin yang telah berjaya mengurangkan bunyi ke dalam kabin. Selain itu kedua-duanya juga dikatakan sebagai model Proton paling cekap tenaga dengan sistem ECO Smart Assists. Kami difahamkan dengan penggunaan sistem ini ia mampu menjimatkan sehingga 18 peratus penggunaan petrol.

Berikut adalah ringkasan maklumat yang kami perolehi untuk kedua-dua model ini :

Proton Persona

Enjin : 1.6 liter VVT
Transmisi : Manual dan CVT
Varian : Standard, Executive, Premium dan SE (Edisi Khas – terhad untuk 200 unit sahaja)
Ciri ciri keselamatan : Kawalan Kestabilan (ESC), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TCS), Brek Anti-kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Mendaki (HHA) – untuk semua varian
Keluasan but : 500 liter
Kemasan dalaman : Dua tona warna (hitam dan kelabu cerah), kemasan kulit untuk varian Premium sahaja
Saiz rim : 15 inci
Pilihan Warna : Midnight Black, Silver Moon Dust, Fire Red, Camelian Brown (warna baharu), Cotton White dan Sterling Silver
Anggaran harga : RM46k – RM59k
Jangkaan tarikh pelancaran : 20hb Ogos 2016

Proton Saga

Enjin : 1.3 liter VVT
Transmisi : Manual dan CVT
Varian : Standard, Executive, Premium
Ciri ciri keselamatan : Dua beg udara, Kawalan Kestabilan (ESC), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TCS), Brek Anti-kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Mendaki (HHA)
Keluasan but : 430 liter
Kemasan dalaman : Satu tona warna sahaja (hitam), kemasan fabrik untuk semua varian
Saiz rim : 14 inci
Pilihan Warna : Quartz Black, Fluorite Grey (warna baharu), Fire Red, Topaz Blue (warna baharu), Solid White dan Genetic Silver
Anggaran harga : RM33k – RM45k
Jangkaan tarikh pelancaran : 15hb September 2016

Kami yakin dengan sedikit maklumat ini akan dapat membantu anda membuat pilihan yang  tepat dan bersabar sedikit untuk menunggu kedua-dua model ini dilancarkan dan memandu ujinya terlebih dahulu. Kami dengar kali ini pengahalusan dan penelitian dibuat dengan cukup rapi bagi memastikan kualitinya. Kalau nak tau cubalah dahulu ye. Jangan lupa ‘stand by’ tabung untuk dipecahkan nanti!

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


    • Premium dpt 6 airbag.. Variant lain dpt 2 airbag saja.. Tp semua safety feautures lain standard utk semua variant, itu yg kita mahuuu


    • skali kena kelentong kat jurujual produa je terus tak jadi beli proton hahaha. buat la sebagus mana pun proton.. sebab sikap rakyat tu sendiri suka dengar khabar angina.. bukan nya reti nak test drive dulu baru beli..


  • sistem ECO Smart Assists = indicator light untuk pemanduan jimat tenaga (mcm City/Axia)
    rim & tayar = Persona 15 inci (195/55 R15) dan Saga 14 inci (185/60 R14). Design turbine. (design rim Persona sekarang lebih baik sebenarnya).
    CVT = masih lagi Jatco tapi dengan talaan untuk senyap dan kurang gegaran

    @info dari kilang tanjung malim


  • Spec yang dinyatakan di atas hanyalah terperinci utk spec keselamatan, Mohon admin risik2 spec dari segi;
    1. Keselamatan : alarm, immobiliser, bcm
    2. Audio/Hiburan : LCD/TFT screen, navigation, GPS speaker, DVD/CD player, USB/AUX, HDD Audio
    3. Steering- rack and opinion, tilt and telescoping, EPS or Hidraulik,
    4. Braking system – foot brake / hand brake, solid disc/ventilated disc/drum. Saiz disc.
    5. Suspension- Jenis,
    6. Dimension- panjang, lebar, tinggi utk luaran dan dalaman, tank capacity.
    7. Tire – Saiz tayar, jenis, rim.


  • Harga yang munasabah untuk Persona yang mendapat pengiktirafan 5-bintang ncap.
    varian special edition(SE) berkemungkinan besar dijana enjin 1.6 vvt turbo (CFE) dan gearbox protronic 7 kelajuan berharga 59k++.

    Saga dengan harga yang berpatutan pasti akan mendapat sambutan hangat kerana mudah lulus pinjaman bank. Mengekalkan enjin 1.3L NA. eksesori yang sederhana tanpa dimuatkan dengan gadjet yang terlalu canggih. Kemungkinan besar mendapat pengiktirafan 5-bintang ncap untuk semua varian nya.

    Iklan Proton di Chile ada menyatakan ‘safety is given, not features’


  • kelebihan ketara saga 2016 ngan saga flx adalah penjimatan minyak/petrol sebanyak 18%!!

    Bayang kan 1.3MT auto;
    1) 100km for 6 liter, akan menjadi 118km for 6 liter
    2) isian petrol RM50 (28.57 liter x RM1.75 [August 2016]) utk perjalanan sejauh 476.17km akan menjadi 561.88km penambahan perjalanan sebanyak 85.7km!

    “Selain itu kedua-duanya juga dikatakan sebagai model Proton paling cekap tenaga dengan sistem ECO Smart Assists. Kami difahamkan dengan penggunaan sistem ini ia mampu menjimatkan sehingga 18 peratus penggunaan petrol.”


  • Sebagai pengguna proton iriz 1.3… Aku yakin model saga baru ni lebih superb… Bab handling jgn disangkal lagi.. Mmg terbaik.. Banding dgn bezza, jauh sgt bezanya.. Bezza jika ckp pasal space, ok, dia menang. Ckp pasal safety dan harga, proton la menang…

Leave a Reply