ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pertama kali beli trak FUSO dan menang sebuah Mercedes-Benz C200

Views

Puan Noraini Binti Abdul Haris dari I Aini Brilliance Enterprise merupakan usahawan yang paling bertuah kerana membuat pilihan tepat dengan memilih jenama trak FUSO buat pertama kali dan berjaya membawa pulang Hadiah Utama, Peraduan FUSO Diamond iaitu sebuah Mercedes-Benz C200, lawatan ke Jepun serta kunjungan ke Kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kawasaki FUSO di Jepun, serta baucar servis bernilai RM6,000.

Hadiah telah disampaikan semasa majlis makan malam gala yang telah berlangsung baru baru ini. Peraduan FUSO Diamond 2016/2017 telah menerima sebanyak 2,363 penyertaan dan tahun ini menandakan tahun ke-4 Peraduan FUSO Diamond dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV), pengedar sah trak FUSO di Malaysia.

Peraduan ini membabitkan cabutan mini yang diadakan pada bulan Julai 2016, yang menerima 885 penyertaan, dan berakhir dengan Cabutan Pusingan Akhir, yang menerima 1,478 penyertaan lagi. Selepas dipilih secara rambang daripada penyertaan yang terdiri daripada pelanggan FUSO di seluruh negara, Puan Noraini Binti Abdul Haris nyata terkejut apabila diberitahu beliau telah memenangi Hadiah Utama FUSO Diamond 2016.

Pemenang hadiah pertama, kedua, ketiga dan keempat masing-masing menerima ganjaran lawatan ditanggung sepenuhnya ke Jepun serta kunjungan ke Kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kawasaki FUSO, dan juga baucar servis bernilai RM5,000, RM4,000, RM3,000 dan RM2,000. Di samping itu, seramai 10 pelanggan bertuah FUSO memenangi hadiah saguhati berupa baucar servis bernilai RM2,000 setiap satu, manakala 12 lagi pelanggan bertuah FUSO masing-masing menerima baucar servis bernilai RM1,000.

MBM CV memenuhi keperluan pasaran kenderaan komersial julat sederhana dengan trak FUSO yang termasuk trak tugas ringan, sederhana dan berat. Trak tugas ringan FUSO (FE71PB, FE83PE, FE83PG, FE85PG, FG83PE [4X4]) biasanya digunakan untuk penghantaran jarak dekat, pengangkutan logistik antara negeri dan operasi jongket, manakala trak tugas sederhana (FM65FJ, FM65FN) digunakan sebagai trak pemampat, trak gelungsur, lori tangki dan untuk logistik jarak jauh. Trak tugas berat FUSO (FN62FM) biasanya digunakan di tapak kuari dan sebagai lori jongket.

MBM CV mencatatkan prestasi yang mantap, dengan jualan berjumlah 2,612 kenderaan pada 2016, yang terdiri daripada trak tugas ringan dan berat FUSO dan juga trak dan van Mercedes-Benz. Disokong oleh rangkaian 55 pengedar FUSO dan 45 kemudahan servis FUSO, MBM CV dan rakan pengedarnya terus memberikan ketenangan fikiran dan kemudahan kepada pelanggannya di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1(1) Photo 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply