ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pertandingan pemasaran Proton asah bakat mahasiswa

Berita Tempatan

Views

Proton kini sedang mencari mahasiswa yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti bagi mengetuai kempen pemasaran berteraskan SUV pintar pertama di Malaysia iaitu Proton X70. Pertandingan yang dinamakan sebagai Pertandingan Kepintaran yang Memberi Inspirasi atau Intelligence that Inspires Challenge, diambil sempena slogan Proton X70, iaitu Intelligence that Inspires.

Ia memberi kuasa kepada pelajar universiti untuk menganjurkan kempen pemasaran berskala besar. Para peserta berpeluang untuk belajar dengan mengalami sendiri semua aspek perlaksanaan pelan pemasaran disamping turut membolehkan mereka membina hubungan interpersonal dan menonjolkan kreativiti.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Selain itu, pertandingan ini turut mengasah kemahiran yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam industri automotif yang bergerak pantas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Proton dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Ia telah bermula pada bulan April lalu dan akan berakhir pada bulan Julai nanti.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Pusingan Penyingkiran, Separuh Akhir dan Pusingan Akhir. Sebanyak 51 kumpulan dari 20 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia telah mendaftar menyertai pertandingan ini. Pada Tahap Pertama peserta perlu merangka pelan pemasaran bagi mengekalkan kedudukan Proton X70 sebagai SUV terbaik Malaysia, serta bagaimana Proton boleh mewujudkan aktiviti melibatkan orang ramai.

Daripada 51 kumpulan yang bertanding, hanya 19 kumpulan akan meneruskan cabaran ke peringkat kedua. Peringkat akhir pula bakal berlangsung pada 23 Julai di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Pada peringkat ini, para peserta akan dihakimi oleh panel pakar, termasuklah pakar terkemuka dalam bidang pemasaran.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Untuk merebut gelaran juara, para peserta perlu merancang dan menggerakkan kempen mereka untuk Proton X70 di bandar di mana terletaknya universiti mereka, serta menganjurkan dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan secara menyeluruh di bandar dan/atau daerah masing-masing. Melalui program ini, Proton dan para peserta akan bekerjasama untuk berbakti kepada komuniti dan komited untuk meningkatkan kualiti hidup di Malaysia.

Di samping itu, mereka juga ditugaskan untuk menyediakan pelan kekal yang boleh dilaksanakan yang menjurus kepada penjualan SUV di pelbagai bandar di seluruh Malaysia. Peserta juga perlu bekerja secara berpasukan kerana tugasan yang diberikan adalah sangat kompleks.

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, beliau yakin bahawa ciri kepimpinan harus dipupuk dari usia muda lagi. Menerusi melalui pertandingan ini, Proton berharap mahasiswa yang mengambil bahagian dapat melengkapkan mereka dengan pelbagai kemahiran untuk mencapai kecemerlangan di dalam dunia korporat.

Proton juga berharap dapat mengasah kemahiran komunikasi yang kuat di kalangan peserta muda kerana ianya adalah asas untuk bekerja dalam satu kumpulan. Peserta perlu keluar dari zon selesa dan menghasilkan satu kempen yang berkesan. Ia akan memberikan pelbagai pengalaman yang relevan dan meletakkan asas yang baik kepada mereka apabila memasuki fasa pekerjaan kelak.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply