ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesara kerajaan sabit kesalahan ingkar PKP boleh hilang pencen

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, pesara kerajaan yang disabit kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membawa hukuman penjara walaupun sehari bakal berdepan kehilangan manfaat wang pencen yang diterima setiap bulan. Menurut Adnan Seman yang merupakan seorang peguam, mengikut aspek perundangan, seseorang pesara itu masih layak menerima wang pencen selagi mana dia cuma didakwa di mahkamah atau didenda.

Jelas beliau, mengikut Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980, seseorang pesara itu akan hilang kelayakan pencen serta-merta sebaik hukuman mati atau penjara dijatuhkan terhadapnya. Tambahnya, mana-mana individu yang menerima pencen atau faedah lain di bawah akta ini dan dikenakan hukuman mati atau penjara dalam suatu tempoh oleh mahkamah, pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti serta-merta.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Namun, pencen ini boleh diperoleh semula mengikut Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya dia mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Adnan berkata, dalam hal ini, pengampunan Yang di-Pertuan Agong membolehkan elaun tanggungan diberi namun jumlahnya bergantung kepada apa yang difikirkan patut untuk isteri atau anak pesara dari segi nafkah dan faedah mereka, selain untuk pesara sejurus tamat menjalani hukuman (penjara).

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, pesara kerajaan seharusnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi PKP biarpun mereka tidak lagi berkhidmat dalam sektor awam. Kata beliau, pesara kerajaan pernah berkhidmat sebagai penjawat awam yang mana secara jelas mereka dididik dengan nilai untuk menyokong sepenuhnya peraturan kerajaan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambah beliau, dalam keadaan sekarang, mereka bukan saja perlu patuh malah sama-sama menjadi contoh serta menasihati individu sekeliling untuk mengikut sepenuhnya PKP. Melalui Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pesalah PKP juga boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan penalti tidak dikenakan apabila disabit kesalahan sebaliknya dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. Kesalahan kedua atau berikutnya juga boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply