ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat Airbus A330-300 dengan ‘liveri’ istimewa Harimau Malaya diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Malaysia Airlines Berhad (MAB) terus meningkatkan sokongannya ke atas skuad bola sepak negara dengan memperkenalkan “liveri” istimewa yang memaparkan lambang Harimau Malaya pada badan pesawat Airbus A330-300, hari ini.

Berita Harian melaporkan, usaha itu turut menandakan kolaborasi erat dan perkongsian visi antara MAB dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai dua jenama terkemuka negara.

Bahagian luar badan pesawat berbadan lebar itu direka bentuk untuk memaparkan kedua-dua ikon kebangsaan itu dengan menghubungkan jalur-jalur merah dari Jalur Gemilang dengan logo Harimau Malaya, yang melambangkan kerjasama, kekuatan dan perpaduan antara kedua-dua jenama itu.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

“Liveri” berkenaan direka bentuk oleh Dr Mohamed Razeef Abdul Razak dan Dr Verly Veto Vermol dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama FAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB Kapten Izham Ismail berkata sebagai pembawa bendera Malaysia, kedua-dua entiti itu mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan mereka dalam mewakili negara pada tahap tertinggi dari segi aspek keselamatan, disiplin dan komitmen terhadap kecemerlangan.

Kata beliau, piihaknya berbesar hati untuk menerbangkan skuad kebangsaan Bawah 23 (B-23) tidak lama lagi dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Phnom Penh, Kemboja, untuk bertanding dalam Kejohanan B-23 AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) 2022.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Sementara itu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata “liveri” Harimau Malaya pada pesawat itu boleh diibaratkan sebagai satu penambahbaikan dalam kerjasama antara badan induk bola sepak negara itu dan MAB.

Malaysia Airlines sentiasa bermurah hati dalam membawa pasukan negara kita ke pelbagai tugasan antarabangsa dengan penerbangan sewa khas yang menggunakan ‘liveri’ tersebut, malah sebelum ia dilancarkan, justeru memberikan pasukan kita layanan mesra yang hanya dapat diberikan oleh Malaysia Airlines.

Peristiwa penuh bermakna ini juga adalah sumber inspirasi kepada pasukan dalam pihaknya bersedia menghadapi kelayakan Piala Asia AFC pada Jun dan berharap akan dapat membanggakan negara dalam kejohanan itu.

Dalam pada itu, MAB turut merasmikan kad Harimau Malaya x Enrich 2022 iaitu kad yang direka bentuk khas dengan lambang Harimau Malaya dan menawarkan faedah istimewa kepada ahli-ahlinya dan penyokong bola sepak negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia Airlines

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply