ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat Hawk 108 TUDM terhempas – Seorang juruterbang terkorban, seorang lagi cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut K! ONLINE, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Hishamuddin yang turut melahirkan rasa dukacita atas insiden berkenaan telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan TUDM berhubung insiden berkenaan. Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera.

Tambahnya, anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. Kementerian Pertahanan juga telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, juruterbang yang maut ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd. Fareez Omar menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Kenyataan itu memaklumkan, kedua-dua juruterbang berkenaan sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terbabit nahas. Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua juruterbang tersebut sudah berkahwin.

Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini. TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply