ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat Hawk dan Typhoon tawan ruang angkasa KLCC

Berita Tempatan

Views

Sementara menunggu pembentangan Belanjawan 2020, sekali-sekala kami bawakan artikel yang di luar konteks automotif, tetapi masih lagi berkaitan dengan pengangkutan. Hari ini, ruang udara Kuala Lumpur digemparkan dengan bunyi deruman enjin pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Typhoon milik Royal Air Force (RAF) kira-kira jam 10.15 pagi tadi yang melintasi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Menurut laman Facebook rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia, ‘Fighter Formation’ yang berlatarbelakangkan menara berkembar itu melibatkan tiga buah pesawat pejuang Hawk 108/208 dengan formasi ‘Vic’ yang dikendalikan oleh Mej. Muhammad Ridzuan Abdullah TUDM ‘Buscat’, Mej. Ezraini Azrin Khoo Mohd Erwan Khoo TUDM ‘Chonk’, Mej. Aizzam Shaari TUDM ‘Focus’, Kapt. Affendi Bustamy TUDM ‘Tubby’ dan Mej. Mohd Fareez Omar TUDM ‘Nosein’.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Empat buah pesawat pejuang Typhoon dengan formasi ‘Diamond’ diterbangkan oleh Sqn Ldr. Roger Cruickshank ‘Rog’, Flt Lt. Graym Hunter ‘Grim’, Flt Lt. Simon Ridley ‘Ridders’ dan Flt Lt. Phil Kelly ‘PK’. Manakala sebuah pesawat Hawk yang diterbangkan oleh Mej. Fairul Mohd Rustham TUDM ‘Gillete’ juga turut terlibat untuk merakamkan foto dari udara.

Koordinasi terbang lintas ini telah diselaraskan oleh Lt. Kol Hasfa Nyzam Abdul Hamid TUDM ‘Soleez’ dan Mej. Thayala Kumar Ravi Varman s/o Selvakumaran TUDM ‘Kunte” bagi memastikan perancangan ini dapat berjalan dengan lancar. Terbang lintas ini merupakan hasil kerjasama TUDM bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia sempena Eksesais Bersama LIMA yang kini sedang berlangsung mulai 6 Oktober hingga 17 Oktober 2019 di sekitar Laut China Selatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Udara Diraja Malaysia

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply