ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat Israel di Singapura hanya untuk demonstrasi

Berita Global

Views

Sebuah pesawat Israel yang mengelilingi ruang udara Singapura awal bulan ini didakwa melakukan demonstrasi produk komersial untuk sebuah firma teknologi pertahanan iaitu ST Engineering. Menurut Sinar Harian, seorang jurucakap firma itu memberitahu portal berita Today bahawa pesawat Boeing 737-400 itu digunakan dalam satu demonstrasi firma berkenaan yang mempunyai pejabatnya di Paya Lebar.

Demonstrasi itu dilakukan di ruang udara dan wilayah perairan Singapura. Jurucakap tersebut berkata, demonstrasi itu telah selesai dan persediaan dilakukan untuk pesawat berkenaan meninggalkan negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pesawat tersebut milik sebuah anak syarikat Israel, Aerospace Industries (IAI) yang juga pengeluar peralatan penerbangan dan ketenteraan milik rejim Zionis. Bagaimanapun, firma ST Engineering itu tidak memberikan maklumat terperinci tentang demonstrasi tersebut dan apakah sebenarnya yang dibawa oleh pesawat berkenaan.

Berdasarkan kepada pemeriksaan menerusi laman sesawang penerbangan FlightRadar24, portal berita tersebut melaporkan bahawa pesawat itu terbang di barat daya Singapura pada Isnin dan Selasa lalu.

Singapura sebelum ini mempunyai sejarah hubungan dua hala dengan Israel setelah menjalin hubungan diplomatik dengan rejim Zionis selepas berpisah dengan Malaysia pada tahun 1965.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Baru-baru ini pesawat berkenaan mencetuskan tanda tanya apabila ia terbang selama beberapa jam di ruang udara Singapura. Penerbangan pesawat itu turut menimbulkan spekulasi bahawa ia kemungkinan digunakan untuk tujuan perisikan.

Jurnal Defence Security Asia yang berpangkalan di Kuala Lumpur baru-baru ini melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang melakukan siasatan berhubung laporan sebuah pesawat Israel yang dilengkapi peralatan elektronik sensitif telah terbang di ruang udara Malaysia.

Kapal terbang Boeing itu kemudian dikesan telah mendarat di sebuah pangkalan tentera di Singapura.  Spekulasi pengintipan itu timbul kerana pesawat itu terbang di ruang udara Singapura selepas gencatan senjata dipersetujui antara Israel dengan Hamas, Jumaat lalu bagi menamatkan serangan tentera rejim Zionis di Gaza selama 11 hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit dc_ah dan Defence Security Asia

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply