ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat tempur ringan FA-50 buatan Korea Selatan jadi pilihan Kementerian Pertahanan

Berita Tempatan

Views

Korea Aerospace Industries Co (KAI), pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan memenangi perjanjian pesawat bernilai AS$920 juta (RM4.08 bilion) dari Malaysia dan proses penghantaran pesawat berkenaan dijangka bermula pada 2026.

Agensi berita Yonhap dalam kenyataan melaporkan, KAI memeterai perjanjian dengan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mengeksport 18 pesawat tempur ringan FA-50, sekali gus mengenepikan pesawat jenis Tejas India, JF-17 Pakistan, MIG-35 Russia dan Hurizet Turki.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Ia adalah kali keempat bagi KAI menandatangani perjanjian pesawat dengan negara rantau Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Dengan perjanjian terkini, KAI mengeksport 68 pesawat latihan T-50 KT-1 serta pesawat FA-50 ke pasaran Asia Tenggara,” katanya.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Katanya, di peringkat global, KAI memperoleh tawaran untuk membekalkan 222 pesawat tempur ke pelbagai negara termasuk Iraq, Poland, Peru dan Senegal.

“KAI juga menjangka untuk memenangi perjanjian bagi menyediakan 18 lagi pesawat FA-50 kepada Malaysia ketika negara itu merancang untuk meningkatkan bilangan pesawat tenteranya,” katanya.

Katanya, KAI menyasarkan untuk mengembangkan eksport pesawatnya ke Timur Tengah, Afrika, Australia, Amerika Syarikat dan pasaran lain. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MalDef

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply