ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat tentera udara China ceroboh ruang udara Malaysia – Wisma Putra hantar nota bantahan

Berita Tempatan

Views

Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, semalam.

Menurut Berita Harian, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia’. Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Berdasarkan laporan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Luar akan mengemukakan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan China. Kementerian Luar juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat PLAAF.

Selain itu, beliau akan membangkitkan kebimbangan serius berhubung perkara ini kepada rakan sejawat di China. Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu kenyataan, memaklumkan TUDM memintas 16 pesawat PLAAF yang dikesan menceroboh ZMM Kota Kinabalu (KK) IFR semalam.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Pesawat berkenaan yang dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara Sarawak pada jam 11.53 pagi, terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. Beberapa arahan supaya pesawat berkenaan menghubungi kawalan trafik udara KK IFR tidak dipatuhi, sekali gus TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual.

Hishammuddin menegaskan, pendirian Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dalam aspek keselamatan negara meskipun memiliki hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

Pendirian Malaysia jelas, iaitu tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan negara walaupun memiliki hubungan diplomatik yang baik dengan mana-mana negara sekali pun. Katanya lagi, Malaysia tetap teguh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rentaka

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply