ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peserta Miss Tourism International dan anak yatim rasai pengalaman menaiki Proton X70

Views

Hari ini Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Subang Jaya telah dikunjungi oleh peserta pertandingan Miss Tourism International (MTI) ke-21 dan merasai sendiri pengalaman menaiki X70, di litar ujian Proton. Usai sesi tersebut, mereka bersama barisan pengurusan kanan Proton makan tengahari serta menyampaikan cenderamata bersama 25 orang kanak-kanak dari rumah penjagaan anak-anak yatim Sweet Care.

Mereka juga merupakan antara yang terawal merasai pengalaman menaiki X70, yang baharu sahaja dilancarkan dua hari lalu. Seramai 45 peserta MTI di bawa ke litar ujian Proton dan berpeluang merasai beberapa pusingan serta melihat demonstrasi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Selain dari keupayaan dinamiknya, fungsi sambungan X70 juga ditunjukkan. Para peserta turut dipertontonkan bagaimana sistem arahan suara membolehkan pemandu mengakses pelbagai fungsi tanpa melepaskan tangan mereka dari stereng dan mengalihkan mata ketika memandu.

JOM BACA >> Pengeluaran Proton Prevé berakhir? Apakah model yang bakal menggantikannya?

Datuk Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, Proton berbangga kerana menjadi kereta rasmi untuk pertandingan Miss Tourism International 2018. Aktiviti ini dapat memberi mereka peluang untuk mempromosikan pelancongan serta budaya Malaysia. Ia juga yang amat bersesuaian kerana X70 merupakan SUV premium pertama dari jenama automotif Malaysia.

X70 menampilkan gaya yang menarik, ciri-ciri teknologi pintar dan dalaman yang mewah sesuai dengan slogan syarikat iaitu Intelligence That Inspires. Selain itu, Proton turut meraikan kanak-kanak dari rumah jagaan Kanak-kanak Sweet Care dengan jamuan makan tengahari di COE. Sambil menikmati makanan yang lazat, mereka turut diberikan cenderahati, dibawa ke litar ujian untuk menaiki Proton X70 selain beramah mesra dengan para peserta MTI.

Proton memberi keutamaan kepada peranan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana yakin dengan perkongsian rezeki sebanyak yang mungkin bersama rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Dengan meraikan kanak-kanak ini, ia diharap dapat memberikan pengalaman yang bermakna sambil menceriakan kehidupan mereka pada musim perayaan.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply