ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petron Malaysia raikan ulang tahun ke-10, lancar sambutan ‘TENtu Happy’ pada 2 April

Berita Tempatan

Views

Petron Malaysia bakal menyambut ulang tahun syarikat yang ke-10 pada 2 April 2022 ini. Petron MRR2 Selayang di Selangor pula merupakan stesen minyak pertama yang dibuka oleh Petron Malaysia pada 2014.

Memori memberi salam “Hai, Selamat Datang ke Petron!’ kepada pelanggan dengan senyuman yang lebar masih jelas di ingatan pengusahanya, Mohd Azhar Ismail.

Sejak dari itu, hampir 200 stesen minyak telah dibuka dengan setiap stesen menepati janji Petron Malaysia untuk ‘Fuel Happy’.

Menurut Pengerusi Petron Malaysia, Ramon S. Ang berkata, meskipun bermula dengan permulaan yang sederhana, pihaknya berbangga dengan prestasi Petron Malaysia kini sebagai salah satu syarikat minyak terkemuka negara.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Sejak sedekad lalu, Petron Malaysia telah mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang konsisten serta berkualiti kepada pelanggannya. Petron Malaysia juga telah menjadikan misinya untuk menyepadukan amalan kemampanan dalam operasi syarikat.

Sebagai sebahagian daripada kemampanan ekonomi, Petron Malaysia telah menyempurnakan dua pelaburan terbesar di Kilang Penapisan Port Dickson pada 2021.

Unit Diesel Hydrotreater kini menghasilkan diesel dengan kandungan Sulfur yang lebih rendah memenuhi spesifikasi Euro 5, manakala Kemudahan Import Marin 2 memenuhi keperluan kapal yang lebih besar seterusnya mengurangkan kekerapan import.

Kedua-dua projek ini menyumbang kepada pengurangan jejak karbon Petron selaras dengan falsafah syarikat ‘Lindungi alam sekitar kita hari ini untuk hari esok yang lebih baik’. Petron juga mempunyai kilang metil ester sawit dengan kemudahan pengeluaran biodiesel bagi memastikan bekalan diesel yang lebih bersih tidak terganggu.

Kilang PME Lumut baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Naib Johan dalam Anugerah Tenaga Negara di bawah kategori Tenaga Boleh Diperbaharui – Biofuel.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali berkata pihaknya mencapai banyak kejayaan hebat dalam tempoh sedekad dan akan terus mencipta peluang pekerjaan dan ekonomi, memacu pertumbuhan dan kemajuan di mana sahaja mereka berada.

Sepanjang musim pandemik, Petron bekerjasama dengan pelbagai entiti swasta dan pertubuhan bukan kerajaan seperti MERCY dan Uncle Kentang menerusi sumbangan bahan api, LPG dan minyak enjin kepada masyarakat kurang bernasib baik.

Ketika negara dilanda banjir besar baru-baru ini, Petron juga berada di barisan hadapan dalam membawa bantuan yang amat diperlukan kepada pihak berkepentingan yang terjejas.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami, Petron melancarkan sambutan TENtu Happy di stesen minyak Petron di seluruh negara pada 2 April 2022 dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Hari Penghargaan Pelanggan juga akan diadakan di stesen minyak terpilih untuk sepanjang tahun 2022. Layari Facebook dan Instagram rasmi Petron Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply