ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS Auto Expert berkembang pesat di Lembah Klang

Berita Tempatan

Views

Pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB), PETRONAS Auto Expert yang dilancarkan pada April lalu kini semakin berkembang pesat sejajar dengan pelan pembangunan yang dirancang oleh pengeluar petroleum negara itu.

Setakat November 2019, sebanyak tujuh (7) cawangan telah beroperasi sepenuhnya. Bagaimanapun, Fasa 1 projek berkenaan masih menumpukan kawasan Lembah Klang sebagai perintis dan berhasrat mengembangkannya ke seluruh negara pada masa terdekat.

Setakat ini sambutan terhadap PETRONAS Auto Expert sangat memberangsangkan dan sekaligus menyumbang kepada pertambahan jualan minyak pelincir kereta, PETRONAS Syntium yang menjadi produk utama keluaran PLMMSB.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Salah seorang pengusaha kepada tiga (3) cawangan PETRONAS Auto Expert, Muhamad Eezam Masripan berkata, PETRONAS sangat membantu di dalam pelan jangka panjang mereka di bidang servis automotif. Jualan syarikat telah melonjak sebanyak lebih 120 peratus berbanding sebelum PETRONAS Auto Expert menjadi jenama utama pusat servis mereka di Shah Alam.

Maklum balas dari pelanggan sedia ada dan baharu memberi indikasi yang konsep pusat servis PETRONAS Auto Expert ini berdaya saing serta berpotensi untuk berkembang maju. Tunjuk ajar dan kerjasama dari pasukan projek khas Auto Expert di PLMMSB juga sangat membantu.

Di PETRONAS Auto Expert, pelanggan dijamin akan menerima perhatian sepenuhnya dari pakar mekanik terlatih beserta penggunaan alat teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Berikut adalah cawangan PETRONAS Auto Expert sehingga November 2019 :-

1. PETRONAS Auto Expert Shah Alam Seksyen 15
No 43, Jalan 15/23, Seksyen 15, Tiong Nam Industrial Park, 40200 Shah Alam, SELANGOR Tel : 018-242 4680 Map : https://g.page/AutohausKLShahAlam?share Internal

2. PETRONAS Auto Expert Seri Kembangan
No 1, Jalan BPP 5/2, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, SELANGOR Tel : 019-272 6262 Map : https://g.page/ahklsk2?share

3. PETRONAS Auto Expert Sri Manja
No 1, Jalan Sri Manja 12, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, SELANGOR Tel : 016-318 3155 Map : https://g.page/autohausklpj?share

4. PETRONAS Auto Expert Sri Batu Caves
No 20, Jalan SBC5, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, SELANGOR Tel : 016-350 4752 Map : https://goo.gl/maps/vFEh4AWhX328RyFLA

5. PETRONAS Auto Expert Semenyih
No 4G, 6G & 8G, Jalan 5/11, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, SELANGOR Tel : 017-266 5449 Map : https://goo.gl/maps/wUwPjR2DoLiftB9D8

6. PETRONAS Auto Expert Kajang
No 23G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, SELANGOR Tel : 014-668 8387 Map : https://goo.gl/maps/bfN5J9Uy2cQiVTnD6

7. PETRONAS Auto Expert Bandar Bukit Raja
No 7-1A, Persiaran Astana, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, SELANGOR Tel : 012-904 4584 Map : https://goo.gl/maps/ux4doJMeT8Btr6QS9

Untuk maklumat lanjut mengenai PETRONAS Auto Expert, sila hubungi En. Dhiyauddin Abdullah menerusi e-mel di [email protected]

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply