ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS bangunkan prototaip mesin CPAP untuk bantu pesakit COVID-19

Berita Tempatan

Views

Gergasi petroleum nasional, PETRONAS merupakan antara syarikat yang paling banyak menyumbang dalam usaha membantu para petugas barisan hadapan untuk membendung pandemik COVID-19 di Malaysia. Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, syarikat tersebut mengumumkan yang mereka kini sedang membangunkan prototaip mesin Tekanan Salur Udara Positif Berterusan (Continuous Positive Airway Pressure – CPAP) yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebergantungan pesakit COVID-19 kepada ventilator.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Mesin ini asalnya telah dibangunkan oleh Pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS di Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP) dengan kerjasama University College London (UCL) yang merupakan sebahagian daripada ‘Project Pitlane‘, usaha kolektif dari tujuh pasukan Formula Satu untuk menghasilkan dan menghantar alat bantuan pernafasan di UK.

Sebelum ini PETRONAS menerusi Yayasan Petronas telah menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM20 juta kepada beberapa buah hospital termasuk pusat kuarantin. Bantuan tersebut akan disalurkan menerusi Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Antara peralatan perubatan itu termasuklah ventilator, katil hospital dan tilam selain kamera pengimejan termal, termometer digital, kit ujian virus, pelindung hidung dan mulut serta peralatan perlindungan peribadi (PPE). Baru-baru ini, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) telah membekalkan sebanyak 250kg Polypropylene, bahan mentah yang diperlukan untuk penghasilan plastik.

Bahan tersebut telah dihantar ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi membantu pihak universiti untuk menghasilkan sebanyak 18,750 unit pelindung muka (face shield) yang akan dibekalkan kepada 100 buah hospital kerajaan dan klinik di seluruh negara.

Terima kasih PETRONAS!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply