Akaun Facebook rasmi Petronas menerusi satu hantaran pada 12 Januari lalu memaklumkan, pihaknya sedia maklum tentang penggunaan logo syarikat tersebut dan Mercedes-AMG Petronas Formula One (MAMGP) tanpa kebenaran.
Ia melibatkan barangan dagangan, termasuk pakaian dan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go yang dijual secara dalam talian.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Dalam hal ini, Petronas tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan pembelian barangan yang menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran.
Pihak Petronas sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan perkara ini dalam usaha membendung penyalahgunaan jenama syarikat tersebut.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Dalam perkembangan berasingan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini telah mengumumkan penjualan kad Touch ‘n Go dengan rekaan yang menampilkan beberapa bintang badminton negara.
Kad ini hanya dijual di reruai Touch ‘n Go bersempena dengan kejohanan Petronas Malaysia Open 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula semalam hingga hari ini (14 hingga 15 Januari 2023).
Ada empat pilihan rekaan kad, yang masing-masing memaparkan grafik dan foto pasangan beregu Nur Izzuddin Rumsani – Goh Sze Fei, Pearly Tan – Thinaah Muralitharan, Aaron Chia – Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit PETRONAS dan BAM
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI