ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS belanja minyak enjin Syntium percuma untuk petugas barisan hadapan

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat petugas barisan hadapan yang sedang berjuang dengan pandemik COVID-19! Sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) menerusi anak syarikatnya PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM) bersama-sama RessQ60Min untuk memberikan minyak enjin PETRONAS Syntium secara percuma untuk para petugas barisan hadapan perubatan semasa penukaran minyak enjin di hospital-hospital dan cawangan PETRONAS AutoExpert terpilih.

Inisiatif ini adalah satu daripada Program Tanggungjawab Sosial (CSR) PETRONAS bagi mengurangkan beban kepada petugas barisan hadapan perubatan semasa tempoh sukar ini selain menunjukkan penghargaan syarikat terhadap sumbangan mereka. Program ini akan bermula dari 20 hingga 28 April 2020.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Syarat-syarat kelayakan

  • Anda mestilah merupakan salah seorang petugas barisan hadapan kesihatan di hospital-hospital berikut: Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sungai Buloh (HSB), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
  • Sila bawa lesen perubatan dan/atau ID pekerja dan/atau surat kebenaran rasmi di kaunter servis kereta yang dikhususkan.

Untuk kereta 1600cc ke atas anda layak mendapat minyak enjin Syntium 3000 SN+ 5W-30, manakala untuk kereta 1600cc dan ke bawah, anda akan mendapat minyak enjin Syntium 800 SN 10W-40 secara percuma!

Berikut adalah senarai lokasi, masa dan tarikh program

Hospital Sungai Buloh (HSB)
Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Lokasi: Tempat letak kereta
Tarikh: 20 dan 21 April 2020
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Untuk temu janji, sila hubungi ResdQ60Min di talian 03-7664 8188

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Selangor.
Lokasi: Tempat letak kereta
Tarikh: 22 dan 23 April 2020
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Untuk temu janji, sila hubungi ResdQ60Min di talian 03-7664 8188

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Hospital Kuala Lumpur (HKL)
23, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Lokasi: Tempat letak kereta
Tarikh: 24, 27 dan 28 April 2020
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Untuk temu janji, sila hubungi ResdQ60Min di talian 03-7664 8188

Autohaus KL (Shah Alam)
Tiong Nam Industrial Park, No.43, Jalan 15/23, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.
Tarikh: 20 hingga 28 April 2020
Tempah temu janji anda lebih awal dengan menghubungi 03-5523-2003 atau e-mel ke [email protected]

Autohaus KL (Seri Kembangan)
No. 1, Jalan BPP 5/2, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan
Tarikh: 20 hingga 28 April 2020
Tempah temu janji anda lebih awal dengan menghubungi 03-8953-0530 atau e-mel ke [email protected]

Autohaus KL (Taman Sri Manja)
1, Jalan Sri Manja 12, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tarikh: 20 hingga 28 April 2020
Tempah temu janji anda lebih awal dengan menghubungi 03-7772-0700 atau e-mel ke [email protected]

Untuk maklumat lanjut layari https://www.mymesra.com.my/covid-19#

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply