ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas berjaya temui minyak dan gas baharu di Blok SK405B, luar pesisir Miri

Berita Tempatan

Views

Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali ‘wildcat’ Sirung-1 dalam Blok SK405B Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), yang terletak di perairan cetek wilayah Balingian iaitu 237 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.

Menurut Bernama, telaga ‘wildcat’ ini bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak di situ atau dieksploitasi sepenuhnya dan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh atau telah dieksploitasikan sepenuhnya sebelum itu sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Telaga cari gali Sirung-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,538 meter pada Februari 2021. Penemuan ruang minyak dan gas yang penting ini — melebihi 100 meter dalam takungan batu pasir Oligosen hingga Pertengahan Miosen — mengesahkan lagi potensi wilayah Balingian, dengan baki prospek yang masih belum diterokai.

Naib Presiden Cari Gali dan Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley berkata penemuan di Sirung-1 membuktikan lagi wujudnya minyak, terutama dalam kawasan belum diteroka sepenuhnya di wilayah Balingian. Beliau berkata, ini direalisasikan selepas kejayaan yang sama di telaga tambahan di Medan D18.

Tambah beliau, pihaknya berkedudukan baik untuk meneruskan usaha yang sama di dua blok lain di wilayah yang sama, iaitu Blok SK411 dan SK306. Oleh itu, mengusahakan blok ini dan kawasan sekitarnya yang lain tetap menjadi bahagian penting dalam pelan pertumbuhan jangka panjang Petronas dan rakan kongsi.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

PTTEP Sarawak Oil Ltd sebagai pengendali memegang kepentingan sebanyak 59.5 peratus, MOECO Oil (Sarawak) Sdn Bhd memegang 25.5 peratus dan Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, memegang baki 15 peratus kepentingan dalam penyertaan di Blok SK405B.

PSC tersebut ditandatangani pada November 2017 hasil daripada Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2015.
Pihaknya amat gembira atas kejayaan berterusan dengan rakan kongsi dalam penemuan berturut-turut tahun ini di Malaysia dan tetap optimis dengan aktiviti penerokaan untuk 2021.

Bagi MBR 2021, Petronas menawarkan 13 peluang baharu di lembangan prolifik Malaysia dengan disertakan terma fiskal dan bukan fiskal yang ditambah baik. Inisiatif itu merupakan sebahagian usaha berterusan Petronas untuk berkembang bersama-sama rakan kongsinya di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply