ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas Dagangan catat kerugian bersih suku pertama RM29.42 juta

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Petronas Dagangan Bhd (PetDag) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.42 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020 berbanding keuntungan bersih RM291.20 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Perolehan turut menyusut kepada RM6.55 bilion daripada RM7.81 bilion bagi tempoh yang sama. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PetDag berkata, penurunan perolehan sebanyak RM1.25 bilion itu berikutan jumlah dagangan keseluruhan bagi segmen runcit dan komersial susut empat peratus serta kejatuhan harga jualan purata sebanyak tiga peratus.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Menurut PetDag, kerugian pula disebabkan terutama keuntungan kasar lebih rendah susulan penurunan mendadak aliran harga ‘Means of Platts Singapore’ (MOPS), jumlah jualan lebih rendah sehingga akhir suku pertama dan perbelanjaan operasi lebih tinggi bagi kos perkhidmatan profesional dan kos susut nilai.

PetDag berkata, pihaknya mengalami keadaan pasaran yang mencabar sehingga akhir suku pertama yang timbul daripada kesan pandemik COVID-19 di seluruh dunia serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim sebanyak lima sen sesaham berjumlah RM49.67 juta bagi suku pertama 2020, yang boleh dibayar pada 17 Jun.

Ia berkurangan daripada dividen interim 15 sen sesaham pada suku yang sama 2019 dengan nilai boleh bayar RM149.02 juta. Mengenai prospek, PetDag berkata, prestasi kewangannya dipengaruhi oleh penurunan harga petroleum berikutan turun naik harga minyak mentah.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Meskipun purata harga minyak Brent pada suku pertama 2020 adalah AS$50.26 setong berbanding suku sebelumnya AS$63.32 setong, penurunan mendadak pada Mac 2020 yang disebabkan pandemik COVID-19 dan perang harga OPEC+ itu telah menyebabkan harga purata bulanan mencecah paras terendah, iaitu AS$31.83 setong, dalam tempoh sejak lima tahun lepas.

Ia berkata, syarikat akan terus menumpukan pengurusan inventori, kecekapan penawaran dan pengedaran serta pengoptimuman perbelanjaan operasi untuk memastikan PetDag tetap berdaya tahan dan mampan untuk menjalankan operasinya.

Dalam kenyataan berasingan, PetDag memaklumkan, mesyuarat agung tahunan ke-38 yang dijadualkan pada 10 Jun ini akan dijalankan secara maya sepenuhnya dan keseluruhannya menerusi penyertaan dan pengundian jarak jauh di https://tiih.online dalam usaha mengekang COVID-19. Lokasi siaran adalah di Bilik Mesyuarat 4003, Tingkat 40, Menara 1, Menara Berkembar Petronas, pertukaran tempat dari Dewan Pameran 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang diumumkan pada Mac lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply